Di media sosial baru-baru kecoh apabila seorang pengguna Twitter telah mendedahkan di mana dalam satu kejadian di Pulau Pinang, dia telah dihubungi oleh seorang anggota polis yang baru sahaja memeriksanya ketika melalui SJR dengan tujuan “ingin berkenalan.”
Terbaru, dalam kes di Jalan Duta pula, seorang wanita juga turut mendedahkan di laman Instagram dan juga Twitternya mengenai kejadian dia ditanya oleh anggota polis sama ada dia memakai pakaian dalam atau tidak.
Wanita yang hanya dikenali sebagai Sabiyusof itu memaklumkan dia telah ditahan selepas tidak membawa lesen memandu ketika melalui SJR di Jalan Duta, ketika dalam perjalanan pulang ke Shah Alam selepas mengambil barang di Wangsa Maju.
Dia juga turut diminta mengemukakan surat kebenaran untuk pergerakan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun dia hanya menunjukkan kebenaran itu dalam sistem menerusi dalam talian dalam telefon bimbit miliknya.
Ketika pemeriksaan, salah seorang daripada dua anggota polis yang memeriksanya bertanya soalan Jika dia ada memakai pakaian dalam atau tidak, dan dengan beraninya anggota polis itu turut menawarkan pelepasan buatnya (tidak keluarkan saman) sekiranya wanita itu mengikut apa yang disuruh.
Wanita itu kemudian enggan menuruti permintaan polis itu dan meminta anggota polis terbabit mengeluarkan saja saman keatasnya.
Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, berkata pada masa ini pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai kedua-dua dakwaan itu.
Siasatan pada masa ini adalah untuk mengenal pasti kedua-dua anggota terbabit berdasarkan keterangan dan maklumat yang ada.
Pada masa sama, Bukit Aman sudah menghubungi kedua-dua wanita itu bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai anggota yang didakwa mengganggu mereka bagi membantu siasatan JIPS. – Kata Zamri.
Zamri berkata, JIPS akan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya ke atas mereka yang terbabit.
Kesalahan seperti dinyatakan itu adalah kesalahan tatakelakuan yang serius kerana ia boleh mencemarkan imej PDRM.
Kepada pengawai dan anggota polis, silalah bersikap profesional ketika bertugas dan elaklah membuat sesuatu perkara/percakapan yang tiada kaitan dengan tugas rasmi yang sedang anda jalankan. – Tegasnya memberi peringatan.
Apapun jangan cepat membuat tuduhan dengan melulu-lulu, kita tunggu dulu laporan siasatan dari pihak PDRM. Semoga kes-kes-kes seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan.
Kredit: Info Roadblock JPJ/Polis via https://ohmedia.my
from Sehinggit Media https://ift.tt/2LNUTVJ
via
Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/37ahhjv
via
merahhaticintaku.blogspot.my