Sunday, 4 October 2020

Ustaz Ebit Lew Mohon Maaf Secara Terbuka Kerana Sewa Bas Hantar Pelajar Pulang Ke Kampung

Selepas keputusan penangguhan pendaftaran institusi pengajian tinggi. Pelajar diminta pulang ke kampung dan rumah masing-masing. Namun ada sebahagian pelajar yang tidak mampu berbuat demikian oleh kerana kekangan kewangan. 

Ustaz Ebit Liew tampil dengan usaha menyewa bas untuk menghantar pelajar ke kampung halaman masing-masing. Perkara tersebut mendapat perhatian warganet selain mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepad Ustaz Ebit Liew dalam memudahkan urusan pelajar berkenaan. 

Walaubagaimanapun, Ustaz Ebit Lew sebentar tadi memohon maaf dan terpaksa menangguhkan sementara waktu khidmat 20 buah bas percuma kepada para pelajar yang terkandas di sebuah universiti, dipercayai sementara menanti kelulusan daripada pihak pentadbiran.

Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran upsi terutama yang dihormati vice cancelor prof dato upsi sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka. Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya terpaksa tangguhkan 20 bas. Asal saya niat buat semua ini untuk pelajar berdasarkan keluhan saya tanggung dan dengari. Sebab dulu saya berhari-hari lapar tu biasa. Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid jer dulu. Makan pun tumpang dekat masjid.

Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat. Saya usahakan Bas besar vvip supaya ada ruang besar sikit ada jarak. Kerusi besar. Biasa naik bas bayar tapi kali ini free dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga di beri kelulusan.

Sumber: fb ustaz ebit lew



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Srncc0
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3iraMvn
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment