Sunday, 4 October 2020

“Sapulah Air Matamu & Pandang Ke Depan, Ayuh Landaikan Lekuk Sekali Lagi”, Dr. Noor Hisham Titip Pesan Buat “Frontliners”

Kadar jangkitan COVID-19 di negara ini kembali meningkat sejak akhir-akhir ini. Semalam adalah hari kedua mencatatkan kes tertinggi negara dengan 317 kes dan kesemuanya adalah penularan tempatan.

Boleh dikatakan kenaikan kes tersebut mungkin memberi pelbagai bayangan yang tidak menentu kepada orang awam.

Sebelum ini, kita hampir menang apabila kes harian yang dilaporkan hanya satu angka dalam masa beberapa hari.

Bagaimanapun, segalanya berubah apabila kes didapati merebak akibat kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.

Malam tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah menitipkan sedikit kata-kata semangat buat anak buahnya yang sedang berjuang di barisan hadapan.

Kepada semua petugas barisan hadapan kita, kita ada pertempuran besar di depan kita.

Negara kita bergantung pada kita walaupun banyak malam tidak tidur dan keletihan yang kronik.

Sapulah air matamu, pandang ke depan, mari ratakan lekuk sekali lagi.

Sumber: Noor Hisham Abdullah via Siakapkeli.my



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3nix8D9
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/34maHUN
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment