Mesti ramai antara kita yang pernah jumpa orang macam ni. Nak-nak lagi bila dekat ofis tu kan. Ada je salah seorang daripada kita yang hari-hari pakai baju sejuk.
Rasa pelik jugak kan kalau difikir-fikir balik.
Atau mungkinkah anda salah seorang daripada mereka yang cepat rasa sejuk berbanding orang lain?
Agaknya kenapa orang begini tak tahan sejuk? Adakah disebabkan masalah kesihatan atau memang ianya memang normal?
Menurut Health.com, ada beberapa sebab seseorang lebih cepat berasa sejuk berbanding orang lain dan asyik berasa sejuk hampir setiap masa (cold intolerance).
8 SEBAB ANDA SELALU RASA SEJUK BERBANDING ORANG LAIN
1. ANDA SEORANG PEREMPUAN
Selalunya ramai yang selalu tak tahan sejuk ni adalah di kalangan perempuan. Kalau tengok orang lelaki tu relaks je walaupun diorang duduk betul-betul bawah air cond tu kan?
Sebenarnya ada kajian menunjukkan bahawa secara umumnya orang lelaki akan berasa selesa pada suhu 22 darjah Celsius. Manakala orang perempuan pula memerlukan suhu 24.8 darjah Celsius untuk berada dalam keselesaan yang sama.
So, akhirnya terjawab persoalan kenapa isteri selalu conquer selimut bila tidur malam-malam tu kan? Hehe.
2. ANDA TERLALU KURUS
Kalau kurang berat badan, iaitu BMI lebih kurang 18.5 atau kurang, anda juga akan cepat berasa sejuk. Sebabnya, bila kurang berat badan, seseorang mempunyai lapisan lemak yang kurang untuk membaluti tubuh.
Tapi ini tak bermakna anda perlu makan sebanyaknya untuk berasa normal ya! Otot dalam tubuh juga membantu mengawal suhu tubuh dengan menghasilkan haba. Jadi, membina otot dengan makan makanan sihat serta membuat senaman dapat membantu anda mengelakkan rasa sejuk yang keterlaluan.
3. ANDA TAK CUKUP TIDUR
Kalau anda selalu tak cukup tidur, ia juga boleh jadi salah satu punca badan mudah berasa sejuk.
Sebuah kajian Sleep Journal membuktikan bahawa walaupun anda cuma kurang tidur 1 malam saja, tubuh anda akan lebih mudah kehilangan haba.
Saintis mengatakan hal ini terjadi disebabkan kurangnya rehat yang cukup. Apabila ini berlaku, tubuh tidak dapat pulih sepenuhnya dan akan berasa stres.
4. ANDA KEKURANGAN ZAT BESI
Adakah anda kerap mengambil makanan tinggi zat besi seperti daging, telur, sayuran hijau dan makanan laut? Semua makanan ini penting dalam diet harian anda kerana zat besi adalah mineral yang akan bekerja mengangkut oksiden ke seluruh tubuh. Ia juga akan membawa nutrien serta haba ke setiap sel dalam sistem tubuh.
Maka, tanpa zat besi yang cukup, sel darah merah tidak dapat berfungsi dengan efisyen dan anda boleh menggigil kesejukan walaupun orang lain relaks aja!
5. ANDA KURANG MINUM AIR
Jangan ingat air ni untuk sejukkan badan saja tau. Sebenarnya masalah dehidrasi juga mungkin boleh menjadi sebab kenapa badan kita mudah berasa sejuk.
Ini kerana, apabila kita kurang minum air, tubuh kita menjadi lebih sensitif terhadap suhu ekstrem. Air yang mencukupi juga membantu melancarkan metabolisme di samping memastikan suhu badan berada pada kadar yang optimum.
6. ADA MASALAH TIROID
Sejenis kondisi yang dikenali dengan nama hypothyroid anda mungkin salah satu punca anda sering berasa sejuk. Ianya berlaku apabila kelenjar tiroid yang berbentuk rama-rama pada leher tidak memproduksikan hormon tiroid yang cukup, lalu membuatkan kadar metabolisme menjadi perlahan dan seterusnya melambatkan tubuh menghasilkan haba yang cukup.
Kondisi ini lebih cenderung berlaku pada wanita yang baru melahirkan dan berumur 60 tahun ke atas. Lain-lain simptom tiroid ini termasuklah keguguran rambut, kulit yang kering dan keletihan.
7. KURANG VITAMIN B12
Selain zat besi, Vitamin B12 juga penting kerana kekurangannya boleh menyebabkan anemia, kurang darah merah lalu menjadikan seseorang sentiasa berasa sejuk.
Vitamin B12 ini banyak terdapat dalam daging, ikan serta produk tenusu.
8. MASALAH PEREDARAN DARAH
Masalah peredaran darah atau poor circulation ini lazimnya boleh berlaku disebabkan tabiat seharian atau kondisi kesihatan yang berkait rapat dengan merokok, tekanan darah tinggi, masalah diabetes atau usia yang semakin tua. Ianya berlaku apabila arteri menjadi sempit atau tersumbat lalu menghalang peredaran darah berlaku dengan normal.
Selain rasa sejuk, seseorang juga cenderung berasa kejang atau cramp pada kaki dan tangan, serta anggota tertentu seperti hidung dan telinga.
Sumber: https://siraplimau.com
from Sehinggit Media News https://ift.tt/3niMxU0
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3leYhoq
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment