Wednesday, 7 October 2020

Perlu Cuba! Hanya 20 Minit Sehari Perhatian Pada Tapak Kaki Boleh Buat Anda Gembira

Saban hari bekerja dan kaki kita memikul berat badan dan melakukan banyak pergerakan dari seawal pagi hingga ke petang. Jika memandu kereta automatik kaki kanan anda mungkin yang paling letih dan pasti lama kelamaan anda akan merasakan kekejangan pada bahagian betis dan pergelangan kaki. 

Kaki kita terdiri dari 26 tulang, ratusan otot, dan banyak sekali jaringan ikat (ligamen) serta urat daging (tendon).Rasa sakit yang terasa pada kaki menandakan adanya masalah yang disebabkan oleh faktor luaran mahupun dalaman. Kerana kaki merupakan tumpuan berat tubuh serta penentu kecekapan dalam bekerja, mengubati rasa sakit pada kaki menjadi suatu hal yang sangat penting untuk segera dilakukan. 

Ketika rasa sakit mulai terasa pada kaki, biasanya pergerakan badan anda secara tidak sedar mengalami perubahan yang kemudian dapat menimbulkan permasalahan yang lebih parah lagi.

Beberapa kajian mengatakan bahawa urutan di kaki dapat membuatkan badan jadi lebih enjoy, relaks serta otot-otot pada tubuh pun tidak akan mengalami kekejangan. Terdapat banyak manfaat kesihatan ketika seseorang lakukan urutan kaki setiap malam saat sebelum tidur. Dan berikut adalah beberapa manfaat tersebut .

Meningkatkan Aliran Darah

Perlu diketahui, urut kaki secara teratur dapat membuat aliran darah dalam tubuh semakin baik dan optimal. Selain meningkatkan aliran darah, urut kaki juga akan membuatkan kulit menjadi lebih sihat. Lebih jauh, urut kaki akan membantu mengurangkan pengumpulan lemak jahat di kaki. Untuk penghidap diabetes, melakukan urutan kaki sekurang-kurangnya 20 minit sebelum tidur dapat membantu proses pengubatan.

Mengatasi Masalah Migrain

Anda ada masalah migrain atau sakit kepala? Jika ya, untuk mengatasinya cuba untuk melakukan urut kaki sebelum tidur. Dengan melakukan urutan kaki serta menekan bahagian tertentu pada kaki boleh mengubati berbagai penyakit termasuk penyakit migrain.

Menurunkan Tekanan Darah

Satu lagi manfaat luar biasa melakukan urutan kaki sebelum tidur adalah ia menurunkan tekanan darah. Bukan itu sahaja, urutan yang sedap di kaki akan membantu fikiran lebih segar, santai dan tenang. Beberapa kajian menyebutkan bahawa urut kaki sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari ketika sebelum tidur akan bantu tubuh melepaskan hormon pemicu kecemasan serta masalah lain termasuk darah tinggi.

Memperbaiki Hubungan Intim Bersama Pasangan

Melakukan urutan kaki menggunakan minyak terapi serta mendengarkan alunan muzik dapat membantu fikiran lebih tenang dan bahagia. Saat fikiran menjadi lebih tenang serta bahagia, boleh dipastikan ia akan memperbaiki hubungan intim anda bersama pasangan. Urutan yang tepat di kaki dipercayai akan meningkatkan gha*rah bercinta seseorang.

Menurunkan Risiko Menopause

Urutan kaki rupanya juga sangat berguna untuk para wanita. Kajian menunjukkan bahawa urut kaki dapat membantu para wanita menurunkan riesiko Menopause. Selain menurunkan risiko Menopause, urut kaki juga efektif mengatasi bengkak pada kaki serta pergelangan kaki saat seorang wanita sedang hamil.

Itulah beberapa faedah mengagumkan dari urut kaki untuk kesihatan. Dengan faedahnya yang banyak, usahakan untuk melakukan urut kaki saat sebelum anda tidur ya. Mudah-mudahan info ini bermanfaat dan kita juga selalu diberikan kesihatan maksimum dan dijauhkan dari semua jenis bentuk penyakit.


Apakah rawatan yang sesuai untuk mengurangkan sakit tapak kaki dan tumit ni? 

Kalau boleh, hindarkan berdiri atau berjalan di dalam tempoh yang lama tanpa sebab.

Rehatkan kaki sebanyak mungkin.

Duduk jika ada peluang.

Bila bangkit dari tidur, sebelum mula berjalan, tegangkan tapak kaki 15-20 saat untuk 3 atau 4 kali. Memang terasa sakit sewaktu melakukan tersebut tetapi kurang rasa sakit bila mula berjalan.

Meletakkan bungkusan ais dengan kain di tempat yang sakit selama 15 hingga 20 minit untuk 3 atau 4 kali sehari atau selepas aktiviti boleh meredakan kesakitan dan radang Plantar Fascia. Boleh juga dengan menggunakan botol air dari peti sejuk.

Penyokong tapak kaki boleh digunakan di dalam kasut untuk menghindarkan Plantar Fascia menjadi tegang sewaktu berlari atau berjalan.

Berjogging boleh digantikan dengan berenang atau berbasikal sebagai senaman.

Menggunakan betik muda. Gunakan betik yang betul-betul muda. Letak atas api dan bakar hingga agak hangus (bakar sebelah sahaja). Bila dah hangus, alihkan dan alaskan dengan kain. Gunalah beberapa lapis kain untuk tak nak panas sangat. Letak kaki / tumit yang sakit tu atas betik tadi. Letak kaki sampai betik jadi suam. Bila dah suam, alihkan kain, letak kaki saja sampai betik tu berlubang. Letak kaki di situ sehingga betik dah sejuk. 

Kalau petua orang-orang tua, awai awai pagi suruh berjalan kaki ayam di atas rumput yang ada air embun. 

Ambil garam kasar, goreng tanpa minyak dalam kuali dengan menggunakan api yang sederhana. 

Apabila garam mulai panas, angkat dan bungkus dengan kain bersih. Gunakan untuk menuam pada tumit kaki yang sakit. Amalkan selalu. 


from Sehinggit Media News https://ift.tt/3jHubtr
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3lrO7Bb
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment