Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah sekali lagi merayu kepada rakyat Malaysia untuk terus fokus mendepani wabak COVID-19.
Beliau menerusi satu ciapan di Twitter hari ini berkata, seharusnya rakyat perlu untuk bersatu-padu, bukan lagi berbalahan sesama sendiri.
“Kita perlu bersatu dan bersama-sama berjuang dalam peperangan melawan COVID-19, bukan melawan sesama sendiri.
“Barisan hadapan kita telah bertahan sehingga 10 bulan terakhir; 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu. Mental dan fizikal (mereka) sudah letih.
“Ada yang ‘bersedia untuk membuang tuala’ (menyerah kalah).
“Tolong belajar daripada PRN Sabah,” katanya dalam ciapan tersebut, hari ini.
We need unity and togetherness to fight this war against Covid-19, not against each other. Our frontliners have been enduring on the ground for the last 10 months 24/7. Mental & physical fatigue setting in. Some are prepared to throw in the towel. Please learn from PRN Sabah pic.twitter.com/wHsyqpnNLf
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 23, 2020
Akhir-akhir ini, kes jangkitan harian COVID-19 yang direkodkan agak tinggi, hampir setiap hari mencatatkan jumlah 700 kes ke atas.
Semalam, 710 kes baharu dilaporkan dengan menyaksikan Sabah kekal mencatatkan pertambahan kes tertinggi sebanyak 528 kes.
Dalam masa sama, negara khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) turut menzahirkan rasa dukacita atas 10 kematian semalam; antara kematian tertinggi harian setakat ini.
Bersama-samalah kita bersatu hati, ‘hentikan’ sebentar konfrontasi sesama sendiri dan fokus pada perang yang lebih besar.
Semoga perjuangan ini berakhir dengan kemenangan.
Sumber: Twitter KP Kesihatan via Siakapkeli
from Sehinggit Media News https://ift.tt/3klLL6C
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2HwqkkU
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment