Saturday, 10 October 2020

Macau Scam: SPRM Tahan Beberapa Ketua Polis Daerah, 3 Pegawai JSJD & 1 Pegawai D7

Beberapa pegawai kanan polis di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, IPK Kuala Lumpur dan IPD ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Lapor Berita Harian, setakat ini beberapa Ketua Polis Daerah dan tiga pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah serta seorang pegawai Unit Perjudian (D7) Bukit Aman telah ditahan untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan melindungi aktiviti kegiatan perjudian online yang dikendalikan oleh kartel tempatan sehingga terbabit dalam pengubahan wang haram. 

Selain itu, beberapa pegawai kanan dalam JSJ turut dipanggil SPRM untuk membantu siasatan. 

"Setakat ini, tujuh pegawai kanan sudah ditahan dan dipanggil untuk siasatan lanjut. 

"Pada masa ini, proses mengesan saki-baki yang lain bagi membantu siasatan masih diteruskan," katanya.

Menurut laporan itu, nama-nama pegawai dan anggota terbabit diperoleh daripada siasatan awal terhadap seorang lelaki yang dipercayai dalang perjudian online bersama orang kanannya yang bergelar Datuk.

Mereka ditahan pada Sabtu dan Ahad lalu hasil siasatan ke atas beberapa selebriti, personaliti terkenal dan usahawan yang menjalankan perniagaan dengan wang hasil daripada aktiviti judi dalam talian dan aktiviti penipuan Macau Scam.

Sumber: BH Online



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2SEt2Hn
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3dd5jrd
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment