Tuesday, 1 September 2020

"Yang Masih Mengecam, Saya Anggap Mereka Tidak Faham Hukum Faraid" - Ali Puteh


Minggu lalu kontroversi melibatkan pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah kembali menjadi sebutan ramai apabila timbul isu saman-menyaman melibatkan kedua pihak pula. Malah, kes sudah pun berlangsung Rabu lalu.

Menurut Ali saman balas yang dilakukannya itu tidak melibatkan harta tetapi untuk membersihkan nama dan imej keluarganya. Ali berkata dia tidak menyesal kerana apa yang dilakukan adalah untuk maruah keluarga.


“Selepas abang saya pergi hanya saya satu-satunya lelaki dalam keluarga. Hati anak mana yang tidak sedih melihat ibunya dikecam dengan pelbagai kata-kata tidak benar.

“Apa yang saya buat ini demi keluarga dan tanggungjawab saya kepada ibu. Jadi saya akan tetap teruskan saman seperti yang sudah dinasihatkan peguam saya,” katanya kepada Utusan.


Meskipun ramai yang mengecam, namun Ali memberitahu dia menerima banyak mesej daripada netizen yang ingin meminta maaf. Tegasnya lagi, mereka yang mengecamnya tidak tahu tentang hukum pembahagian harta faraid.

“Yang masih mengecam itu saya anggap mereka tidak faham hukum faraid. Selalunya yang mengecam ni budak-budak. Sudah saya terangkan saya tidak mahupun harta arwah saya tahu hukum.

“Tapi sebenarnya lebih ramai yang meninggalkan pesanan minta maaf di laman sosial saya. Selama ini tidak tahu apa-apa. Jujurnya saya juga malu dengan apa yang berlaku.

“Dalam soal ini sebagai seorang anak adik dan pak cik, perlu saya lakukan sesuatu. Bukan saya tidak tengok wajah anak buah saya itulah satu-satunya waris abang saya,” katanya.

Terdahulu Ali mendedahkan dia menerima surat saman daripada Hidayah bermula 26 Februari lalu. Saman itu berkaitan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Sumber: Utusan Online via Rotikaya


from Sehinggit Media https://ift.tt/2EOkvOh
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3lF4qLG
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment