Meskipun majlis perkahwinan pelakon dan pengacara popular Mira Filzah dan Wan Emir Astar sudah pun beberapa hari berlalu, namun kisah pasangan itu masih tidak lekang menjadi bualan hangat netizen.
Selain pandangan romantis Wan Emir kepada Mira Filzah mendapat perhatian para peminat, momen-momen indah yang diabadikan oleh tetamu serta jurufoto turut mencuri tumpuan netizen.
Malah, ada yang menjadikan gambar perkahwinan sepanjang tiga majlis indah pelakon itu sebagai wallpaper telefon pintar. Menerusi Tiwtter, ada pihak menyunting foto-foto menarik untuk dijadikan artwork custom-made wallpaper.
Selamat bercinta hingga syurga. #emiramirah pic.twitter.com/PMxdukW4zj— Meran (@meranjovfi) September 6, 2020
Bukan hanya foto Mira dan Wan Emir, malah ada juga yang menjadikan foto Mira bersama ibunya sebagai sebahagian ilustrasi wallpaper untuk dipilih netizen.
My new wallpaper lock screen 🥺♥️ @MFMiraFilzah pic.twitter.com/V7hjbc5VZX— pterintsyæ (@dee3ra) September 7, 2020
Mira dan Wan Emir telah selamat disatukan dalam majlis pernikahan gilang-gemilang pada 3 September lalu. Dua majlis resepsi kemudiannya berlangsung pada 4 dan 6 September masing-masing di Le Meridien Putrajaya dan A-Park Puchong.
Sumber: Rotikaya.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/2DDToVR
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2R1Vy4S
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment