Wednesday, 9 September 2020

Koyak, 3 Pelajar Senior Belasah Junior Kerana Berang Dipermainkan Dengan Gurauan Belanja Ayam Goreng


Kota Bharu: Berang kerana dipermain dengan gurauan untuk dibelanja makanan segera, tiga remaja bertindak memukul rakan mereka bertubi-tubi.

Kejadian itu berlaku di asrama lelaki sekolah menengah di Tanah Merah, petang semalam.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, laporan polis dibuat mangsa berusia 13 tahun hari ini.

"Berdasarkan keterangan awal mangsa, ketiga-tiga remaja berusia 17 tahun memukulnya kerana berang cuba mempermainkan mereka dengan gurauan untuk belanja makanan segera ayam goreng.

"Kami sudah mengenalpasti dan membuat tangkapan terhadap semua individu terbabit," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.


Dalam video berdurasi selama 25 saat yang tular hari ini menunjukkan mangsa ditumbuk dan disepak ketiga-tiga suspek.

Aksi itu mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang mengecam tindakan tiga remaja terbabit yang disifatkan perbuatan buli.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/2ZnRRef
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2R9ScN7
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment