Tuesday, 29 September 2020

Selepas Dibuang Kerja, 3 Bulan Suami Berlakon Depan Isteri Pergi Kerja Setiap Pagi. Rupanya..

Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada penghujung Mac lalu nyata memberi kesan kepada kita semua sama ada yang bekerja atau pun yang menjalankan aktiviti perniagaan.

Kekangan sepanjang tempoh suram itu menyaksikan ada diantara kita yang terpaksa diberhentikan kerja dan tidak kurang juga perniagaan yang terpaksa gulung tikar.

Mengimbau kembali mengenai detik sukar itu, seorang lelaki hari ini turut berkongsikan kisah pahitnya sewaktu PKP melalui satu panggilan telefon kepada stesen radio Suria FM pada pagi tadi.

Perkongsian beliau yang menceritakan bagaimana dia kehilangan kerja dan tidak memaklumkan kepada isterinya mengenai perkara itu selama tiga bulan itu mula menjadi bualan netizen di media sosial hari ini.

Setiap pagi keluar macam biasa

Menceritakan kisahnya itu, lelaki itu membeirtahu dia kehilangan kerja disebabkan perintah kawalan pergerakan yang berlangsung sebelum ini dalam negara.

Diselubungi rasa bersalah dan tidak sampai hati, beliau menjelaskan dia tidak memberitahu isterinya yang dia telah dibuang kerja dan masih keluar setiap pagi.

“Setiap kali saya keluar pergi kerja saya keluar macam biasa. saya naik motor tapi tak beritahu saya dibuang kerja.

“Sebab rasa serba salah nak bagitahu sebab rasa tak sampai hati nak bagitahu dibuang kerja. Semua orang tengah struggle cari kerja sekarang,

“Saya buat lah kerja harian, tak kisah lah. Saya keluar pakai macam biasa, tapi sebenarnya saya ada baju salin saya dalam motor,” kongsinya kepada Suria FM.

Menceritakan kisahnya itu, lelaki itu membeirtahu dia kehilangan kerja disebabkan perintah kawalan pergerakan yang berlangsung sebelum ini dalam negara.

Ia susulan usaha tanpa hentinya mencari pekerjaan baru dalam tempoh tersebut yang kemudiannya membolehkan dia dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga bersama syarikat baru pada pertengahan bulan ini.

Mengimbas kembali mengenai temuduga tersebut, beliau bagaiamanapun menjelaskan memberitahu isterinya terlebih dahulu sebelum menghadirkan diri tetapi masih tidak memberitahu dia telah diberhentikan daripada pekerjaannya sebelum ini.

“Alhamdulillah nak dijadikan cerita 14 September saya dapat kerja. Pergi interview saya beritahu (isteri) saya dapat interview, dibuang kerja saya tak beritahu.

“Saya cuma nak nasihatkan siapa-siapa yang dibuang kerja atau  on the way (dalam perjalanan) cari kerja, percaya dengan diri sendiri, kita usaha Allah tolong kita,” pesannya sebelum menamatkan panggilan.

Sumber: Suria FM via The Vocket



from Sehinggit Media https://ift.tt/33cPg9x
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2EGJ0gy
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment