Thursday, 3 September 2020

Kongsi Alamat Dalam IC, Ali Puteh Ajak Netizen Tak Puas Hati Bersemuka


Minggu lalu kontroversi melibatkan Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah kembali menjadi sebutan ramai apabila timbul isu saman-menyaman melibatkan kedua pihak pula. Malah, kes sudah pun berlangsung Rabu lalu.

Susulan itu, netizen terus mengecam dan menyalahkan tindakannya Ali membalas saman terhadap kakak iparnya. Berang dengan pelbagai kecaman diterima, Ali menjemput netizen yang tidak berpuas hati untuk bersemuka.


Menerusi Instagram, Ali turut memuat naik gambar alamat rumah yang tertera di kad pengenalan miliknya. Ali turut membalas komen netizen dengan mengatakan jika tidak tahu hal sebenar tidak perlu masuk campur.


Ujarnya lagi, jika ada perkara yang hendak dibincangkan datang berjumpa dengannya secara depan-depan dan tidak perlu menambah dosa.

Menerusi satu komen, Ali dilihat turut menyindir seorang netizen yang hanya tahu bercakap sahaja tetapi tidak berani bersemuka.


Terdahulu, Ali menjelaskan saman balas yang dilakukannya itu tidak melibatkan harta tetapi untuk membersihkan nama dan imej keluarganya. Ali berkata dia tidak menyesal kerana apa yang dilakukan adalah untuk maruah keluarga.

Difahamkan, Hidayah terlebih dahulu memfailkan saman terhadap Ali serta keluarganya. Saman itu berkaitan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Sumber: Mstar Online via Rotikaya


from Sehinggit Media https://ift.tt/3bkZsiF
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Z1Pqy2
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment