Wednesday, 9 September 2020

Hidayah Syukur Tuntutan Faraid Selesai, Ibu Mentua Tetap Dapat Bahagian


Segalanya sudah selesai, balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam  hari ini berhubung tuntutan faraid yang difailkannya pada 15 Julai lalu.

Hidayah berkata, mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak melibatkan rumah, kereta, wang ringgit, barang peribadi seperti jam tangan, kasut, telefon bimbit, kamera dan barangan lain peninggalan arwah suaminya.

“Alhamdulillah, selesai urusan faraid. Pihak sana pun akan dapat bahagian mengikut hukum syarak. Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Selepas ini doakan saja yang terbaik buat saya dan anak.

“Walaupun pihak sana tak hadir, tapi tidak mengganggu proses mahkamah sebab bahagian sudah dibahagikan. Apa saja yang ditinggalkan arwah seperti rumah, kereta, semua wang, jam tangan, kasut, kamera, telefon bimbit dan barang lain difaraidkan,” katanya.


Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai soal berapa banyak wang peninggalan arwah, Hidayah enggan mendedahkannya. Dalam pada itu, Hidayah menafikan dakwaan kereta mewah milik arwah suaminya ditarik pihak bank.

“Keputusan untuk berpindah ke rumah itu pun, tak tahu lagi. Tunggu urusan faraid ini diselesaikan. Nak dapatkan kereta semula pun, insya Allah.

“Kereta kena tarik tak benar. Kereta masih ada, tapi saya tak nak komen lebih lanjut. Nanti akan tahu juga,” katanya.

Berkenaan dakwaan Ali Puteh mengenai wang RM10,000 dikeluarkan dari akaun arwah, Hidayah enggan mengulas lanjut sama ada ia akan dipulangkan semula atau difaraidkan, bagaimanapun dia tidak menggunakan satu sen duit berkenaan.

“Apa saya boleh katakan, RM10,000 memang saya ambil, tapi saya masukkan dalam akaun bank anak. Tak guna satu sen pun,” katanya.

Sementara itu, Hidayah berkata, mahkamah menetapkan tarikh baru pada Oktober depan mengenai tuntuhan hadanah. Ia berikutan kegagalan pihak ibu mentuanya, Sabariah Arshad hadir ke mahkamah.

Sumber: Harian Metro via Rotikaya


from Sehinggit Media https://ift.tt/3ig7HPB
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2DKEwoK
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment