Percaya atau tidak, sebanyak 69% rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin!
Ini adalah hasil kajian dari Merdeka Center di antara 15 Julai hingga 10 Ogos lalu tentang penerimaan pengundi terhadap prestasi Perdana Menteri kita.
Dalam tinjauan ini juga, Merdeka Center mendapati 9 daripada 10 responden Melayu dan golongan Bumiputera di Sabah serta Sarawak berpuas hati dengan Perdana Menteri.
Bukan itu sahaja, 65% responden keturunan India dan 33% responden Cina dilihat berpuas hati dengan pencapaian ditunjukkan Muhyiddin.
Nampaknya rakyat sayang betul dengan Perdana Menteri kita sejak beliau memegang jawatan ini pada Mac 2020. Walaupun beliau baru jer mentadbir negara ini dalam masa yang singkat, tapi keputusan ini sangat membanggakan.
Menurut Pengasas dan Pengarah Program Merdeka Center, Ibrahim Suffian, sebanyak 58% responden gembira terhadap Kerajaan Persekutuan, di bawah Perikatan Nasional, manakala baki 28% lagi tidak berpuas hati.
Apa yang paling menarik perhatian adalah bila jurang pendapatan adalah salah satu sebab menunjukkan responden tidak setuju dengan prestasi kerajaan.
Kira-kira tiga perempat responden yang pendapatan isi rumahnya kurang dari RM2,000 sebulan menyatakan pandangan positif terhadap Kerajaan Persekutuan dan hanya 40% positif yang berpendapatan melebihi RM7,000 sebulan.
Pada masa yang sama juga, 51% responden lagi merasakan bahawa negara kita berada di landasan yang betul, di bawah pentadbiran Perdana Menteri kita.
Peratusan itu agak rendah kalau nak dibandingkan dapatan pada Mei tahun ini, tapi masih tinggi jika dibandingkan kajian sama sepanjang enam bulan lalu.
Antara bulan Julai 2019 hingga Februari 2020, hanya suku rakyat Malaysia yang berpendapat negara berada di atas landasan yang betul. 26% menyatakan dengan pemerintahan yang baik, dan 21% lagi berpuas hati dengan kepimpinan yang ditunjukkan.
Sementara itu, sebanyak 34% responden merasakan bahawa negara kita ini berada di tempat yang salah. Hampir satu pertiga (31%) merasa kecewa dengan ketidakstabilan politik dan 17% lagi mengadu tentang masalah ekonomi seperti pengangguran dan perniagaan.
Kalau anda nak tahu, tinjauan ini juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sangat mengambil berat dengan perkara kehidupan seharian mereka, apabila 6 daripada 10 responden mengambil kira tentang isu ekonomi.
Isu kesihatan sangat dititikberatkan apabila ia menjadi isu kedua yang dirisaukan oleh responden (10.1%). Ianya disebabkan kewujudan virus pandemik merbahaya COVID-19.
Hanya 3.5% dan 2.6% lagi berpendapat bahawa isu perkauman dan politik adalah masalah utama negara.
Tinjauan juga mendapati bahawa 935 responden berpuas hati tentang bagaimana kerajaan menguruskan wabak COVID-19.
Kata Ibrahim, sebanyak 68% dan 61% juga setuju dengan kerajaan yang membantu mereka yang memerlukan dan menguruskan ekonomi dengan baik. Good job!
Walau bagaimanapun, persepsi prestasi kerajaan dalam memerangi rasuah jatuh 5% dalam tempoh tiga bulan dari 43% ke 38%.
Selain itu, kaji selidik ini juga mendapati kos sara hidup kekal menjadi isu utama dalam minda rakyat dengan 60% responden bimbang tentang ekonomi, diikuti kerisauan tentang pandemik COVID-19 oleh 10.1% responden.
Tinjauan itu juga menilai persetujuan rakyat terhadap prestasi pemerintah pada bulan Mei dan Ogos dalam beberapa perkara. Antaranya ketika menguruskan pandemik Covid-19 (peningkatan 2% pada Ogos daripada 91% pada Mei), membantu mereka yang memerlukan (penurunan 3% dari 71% hingga 68%), menguruskan ekonomi (penurunan 3% dari 64% menjadi 61%), mewujudkan kedaulatan undang-undang (53% pada Mei, sementara untuk Ogos tidak ada), mewujudkan peluang pekerjaan (penurunan 1% dari 42% menjadi 41%), memerangi rasuah (5% turun dari 43% menjadi 38%).
Ini semua adalah berdasarkan tinjauan pendapat terhadap responden yang dilakukan dari bulan Julai hingga Ogos 2020.
Merdeka Center juga mendapati Perikatan Nasional menerima persepsi positif tertinggi di antara gabungan dan parti politik di Malaysia.
Lebih daripada separuh atau 51% responden melihatnya secara positif dan hanya 27% yang merasa negatif.
Sebaliknya, pandangan positif Muafakat Nasional (MN) hanya 37%, dan jumlahnya sedikit lebih rendah daripada parti komponennya – BN (40%) dan Pas (39%).
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang bergabung dengan MN baru-baru ini, hanya memperoleh pandangan positif 28% dan negatif 39%.”
Tinjauan itu mendapati bahawa Pakatan Harapan memperoleh penilaian negatif tertinggi iaitu 52%, dan hanya 25% responden berpuas hati dengan gabungan yang terdiri daripada PKR, DAP, dan Amanah.
Sebanyak 60% pengundi Melayu menyokong keputusan Bersatu untuk bergabung dengan Muafakat Nasional, yang merupakan gabungan yang dibentuk oleh Umno dan Pas tahun lalu.
Sementara itu, 65% pengundi Melayu lebih suka Umno berada di Perikatan Nasional tetapi 25% yang lain tidak setuju.
Begitu juga, 68% pengundi Melayu lebih suka Pas menjadi sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional.
Mungkin keputusan ni disebabkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram di Mahkamah Tinggi pada 28 Julai, 61% responden dalam tinjauan ini setuju dengan keputusan Mahkamah sementara hanya 18% yang menjawab sebaliknya.
Ia juga menyatakan bahawa 57% pengundi Melayu juga setuju dengan keputusan Mahkamah.
Penemuan tinjauan ini juga menggambarkan keutamaan dan persetujuan yang kuat terutama di kalangan pengundi Melayu terhadap kerajaan gabungan sekarang yang diketuai oleh Muhyiddin.
Pada pandangan Merdeka Center juga, peningkatan sokongan pengundi Melayu ini berlaku di sebalik pengurusan positif pandemik COVID-19, tindak balas yang cepat dalam pemberian bantuan kewangan kepada isi rumah dan perniagaan yang berpendapatan rendah, bagaimana parti Melayu yang bertanding selama beberapa dekad antara satu sama lain akhirnya bersatu dalam perjanjian.
Hasilnya juga menunjukkan peningkatan sokongan pengundi Melayu terhadap gabungan politik Melayu yang disatukan seperti yang ditunjukkan oleh sebilangan besar persetujuan yang diperoleh Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional – walaupun terdapat beberapa pandangan bertentangan yang dikemukakan oleh beberapa pemimpin dalam gabungan itu.
Ibrahim juga mengatakan tinjauan itu dilakukan oleh firma itu antara 15 Julai dan 10 Ogos untuk mengukur persepsi pengundi terhadap ekonomi, kepemimpinan dan isu semasa.
Kajian itu membabitkan responden terdiri daripada 3,415 pengundi berdaftar berbilang kaum di seluruh negara, yang dihubungi melalui telefon dan telefon bimbit,
Kesemua responden dipilih secara rawak, menggunakan perincian kumpulan umur, etnik, jantina dan kawasan parlimen.
Sumber: News Strait Times (NST) via Rotikaya
from Sehinggit Media https://ift.tt/3lRTiLK
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2QRVHaU
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment