Friday, 4 September 2020

Senyum Dalam Derita, Pemandu Teksi Ini Gigih Usung Tangki Oksigen Cari Penumpang Demi Sesuap Nasi


Biarpun terpaksa menanggung derita pelbagai jenis penya kit, seorang lelaki di Thailand ini tetap bekerja keras mencari rezeki dengan memandu teksi.

Sumeth Singpun, 49, dikatakan menghidap pelbagai jenis penya kit yang menghalangnya untuk hidup normal seperti orang lain.

Kisahnya dikongsikan seorang pengguna Facebook, Nongying Chuaibamrung dalam satu pertemuan mereka di sebuah bandar di utara Bangkok.

Kongsi Nongying, Sumeth terpaksa mengusung tangki oksigen yang diikat pada kusyen kereta ketika bekerja demi menampung kos rawatan dan sewa rumahnya.

Lelaki itu dikatakan memandu dengan sangat perlahan di bawah 40 km/j berikutan keadaannya yang tidak dapat melihat dengan baik.


Dia juga dikatakan mempunyai pelbagai penya kit termasuk masalah bu ah pinggang dan perlu menjalani dialisis. Malah, lelaki itu dipercayai duduk seorang diri selepas ditinggalkan anaknya.

“Dia tinggal di Ayutthaya, sendiri. Dia perlu membayar sewa. Tak kerja, tiada wang. Wang untuk orang kelainan upaya juga tidak cukup untuk rawatan. Jadi perlu menyewa teksi untuk memandu. Ada seorang anak lelaki, tak pernah pulang untuk menjaganya,” tulis Nongying.

Tambahnya, dia sempat menghulurkan sedikit sagu hati kepada pemandu teksi berkenaan di samping menawarkan diri untuk menguruskan bantuan yang ingin disalurkan kepada pemandu tersebut.






Sumber: Nongying Chuaibamrung via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/3hZkZ2H
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3hZdwRn
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment