Sunday 7 June 2020

SPRM Rampas RM600,000 Daripada Ahli ARMADA


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM600,000 daripada dua ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dipercayai wang parti yang disalah guna, kelmarin.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali, berkata kedua-dua mereka pada awalnya dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung siasatan kes kehilangan wang bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

"Kedua-duanya dipanggil untuk dirakam keterangan, kelmarin dan susulan daripada itu, pegawai kita kemudian ke kediaman mereka di dua lokasi berasingan di ibu negara.

"Menerusi pemeriksaan yang dijalankan, kita menemui wang tunai keseluruhannya berjumlah RM600,000 di dua kediaman berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Selain itu, Norazlan berkata, pihak SPRM turut merampas sebuah kereta dianggarkan bernilai RM100,000 milik seorang ahli parti berkenaan yang dipercayai dibeli menggunakan dana yang disalah gunakan.

"Ketiga-tiga mereka dipanggil untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan dan buat masa ini mereka tidak ditahan.

Norazlan berkata, dua pemimpin sayap pemuda parti politik itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kemungkinan berlaku penyelewengan membabitkan wang parti.

Terdahulu, media melaporkan SPRM dipercayai meminta Syed Saddiq yang juga Ketua ARMADA BERSATU untuk mengisytiharkan aset dan harta bagi membantu siasatan.

Media sebelum ini turut melaporkan kehilangan wang berjumlah lebih RM200,000 dari kediaman Syed Saddiq yang membawa kepada siasatan SPRM berhubung perkara itu pada Mac lalu susulan aduan daripada beberapa pihak.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/30jatxt
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2MD76JB
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment