Menerusi perkongsian di Instagram, Elfira Loy meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila putera kesayangannya, Muhammad Rayyan Khalaf mengalami kecederaan selepas terjatuh dari katilnya.
Elfira berkata, walaupun tidak jatuh dari ketinggian yang tinggi namun kepala anaknya terhantuk sehingga menyebabkan benjolan besar di bahagian dahi. Susulan insiden itu, Elfira berkata dia kecewa dan merasakan dirinya tidak berguna.
“Beberapa hari lalu, kali pertama saya breakdown semasa menjaga Rayyan boi saya. Saya berasa tidak berguna dan bodoh. Saya kecewa dengan diri sendiri bagaimana saya membiarkan perkara itu berlaku.
“Saja nak kongsi sebab saya tak rasa sesiapa akan kongsi ini sebab sensitif kan nanti orang boleh fikir macam-macam cerita untuk nampak kita buruk tapi nilah realiti.
“Jadi, pada suatu hari Rayyan hanya berada di sebelah saya main main macam biasa di katilnya. El pulak tengah kemas baju dekat laci dia.
“Kemudian El rasa macam Rayyan nak tarik baju El tapi dia terhantuk kat laci dan jatuh dalam laci nasib baik tak tinggi sebab El bukak laci tu dan El sempat pegang dia tapi saya nampak benjol besar di dahinya berwarna biru,” katanya.
Elfira berkata dia mengigil dan menangis ketika kejadian itu berlaku dan berulang kali meminta maaf pada anaknya. Disebabkan terlampau panik, Elfira terus menghubungi suaminya untuk segera pulang ke rumah.
“Saya menggigil dan menangis. Saya minta maaf kepadanya seribu kali, rasa macam Ya Allah kenapa aku buat dia macamni. Saya segera hubungi suami saya dan dia memandu terus ke rumah. Walaupun dia baik-baik saja, saya tidak.
“Macam nak give up dah sebab hari-hari rasa gementar takut benda ni jadi dan akhirnya dah jadi. Nasib baik suami saya menenangkan saya. Terima kasih sayang.
“Suami bertanyakan dengan rakannya, seorang doktor. Dia cakap takde pape cuma tuam dengan ais untuk mengurangkan lebam dan saiz bengkak” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Elfira turut mengingatkan kepada ibu bapa diluar sana supaya terus ke hospital sekiranya anak mereka muntah selepas terjatuh.
Sumber: Rotikaya
from Sehinggit Media https://ift.tt/2YcVUtE
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/30Uet7P
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment