Monday, 15 June 2020

Faezah Elai Tak Kisah Kurang Kawan - “Less Friends Less Drama”


Pelakon Faezah Elai mengakui bahawa dia tidak mempunyai ramai kawan kerana enggan terlibat dalam pertelingkahan yang mungkin timbul kelak.

Menurutnya, kalangan sahabat yang ada kini hanya terdiri daripada beberapa kenalan rapat yang sudah dikenali sejak zaman bangku sekolah, namun persahabatan itu memberi makna yang cukup besar buat dirinya.

“Saya rapat dengan beberapa orang saja.. tapi yang sikit itu la paling bermakna untuk saya. Less friends less drama, jadi kalangan rakan saya memang tak ramai sejak zaman sekolah,”


Faezah atau nama sebenarnya Noorfaezah Md Elai, 38, berkata dia dan teman-temannya digelar ‘geng masyarakat majmuk’ ketika di bangku sekolah kerana terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Dia menyuarakan pendapatnya itu baru-baru ini di laman instagram miliknya yang memaparkan beberapa foto ketika berjumpa dengan sahabat lama.


View this post on Instagram

Its been ages since the last time we met.. My cray2 bff since school.. I’m close to very few people.. but those few people mean everything to me.. Less friends less bullshit and drama so I always keep my circle small dari zaman sekolah lg.. actually ada sorang lagi.. chinese girl.. depa panggey kami Geng masyarakat majemuk, malay,indian and chinese 🤣😂 . Bila lama tk jumpa with limited time,dua2 nk ckp,hg ckp aku ckp,sapa nk dengaq 😂🤣 . Is so good to see you babe,lets find 1 fine day to lepak together with eileen then all 3 of us start talking and i wonder who will listen.. 😅 . Dulu dok lepak kt katin sekolah masa umoq 16 tahun,lani dh 38 wehhh... ishh rasa mcm 2 3 hari sudah dok pakai baju sekolah.. lani dok hantaq anak pulak pi sekolah.. ehh rasa mcm mimpi pulak.. . P/S : Depa tkdak ig,cheq ingat cheq yg old school,depa lgi terok.. 🤣😂 buta IT jugak.. buta IT tkpa jgn buta peghot!! 😝 . #penangites #bff #schoolmates #CGLians #conventgirls #conventgreenlane #missingthosedays #oldmemories #penanggirl #faezahelai #hijabi #hijabista #hijabfashion #hijabers #feelingblessed #lovelovelove #faezahelai
A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

Isteri kepada pengarah terkenal, Heykal Hanifah ini turut juga mengimbas kembali kenangan ketika di sekolah dan menulis mengenai tempoh persabahatan yang sudah hampir mencecah 22 tahun.

“Dulu lepak di kantin sekolah masa umur 16 tahun, sekarang ni dah 38! Rasa macam mimpi pula,”- Faezah Elai

Sumber: https://ift.tt/2joTdzG


from Sehinggit Media https://ift.tt/3e3wqEt
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XZDRHj
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment