Thursday, 18 June 2020

Lelaki Tersalah Masuk Bilik Setubuhi Anak Sampai Hamil


Seorang lelaki di Sumatera Barat memberi alasan kononnya salah masuk bilik selepas ditahan kerana menyetubuhi anak kandungnya sampai hamil.

Kompas.com melaporkan, suspek ditahan pada 11 Jun lalu dan mengaku salah masuk bilik pada kali pertama melakukan perbuatan jijiknya itu.

Menurut jurucakap polis Abdul Kadir Jailani, suspek pertama kali menyetubuhi anaknya pada November tahun lalu.



Berdasarkan pengakuannya, sejak itu suspek sudah lima kali menyetubuhi mangsa yang kini hamil enam bulan.

Tambahnya, suspek sempat melarikan diri ke Pekanbaru sebelum pulang ke Padang Pariaman untuk melihat keluarganya, beberapa hari lalu.

Namun, tindakannya cuba melarikan diri ke Payakumbuh, Sumatera Barat gagal selepas ditahan polis.

Berikutan itu, suspek berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun kerana menyetubuhi anak kandungnya sendiri.

Sumber: CARI forum

from Sehinggit Media https://ift.tt/3edJ97K
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/30Vd9Sb
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment