PELAJAR Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang tular baru-baru ini kerana kesungguhan memanjat pokok demi mendapatkan talian internet untuk menjawab peperiksaan secara dalam talian, Veveonah Mosibin, mengakui terharu dengan sokongan yang diterimanya setakat ini.
Menerusi satu video yang dimuat naik ke akaun YouTubenya, Veveonah berkata biarpun gembira dengan pertambahan jumlah penonton dan subscribers, namun ia bukanlah keutamaannya.
"Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang subscribe dan sokong saya, terutama pihak universiti sendiri yang berkongsi video saya di Facebook.
"Ramai yang memberikan komen positif dan motivasi, saya akan cuba balas semua komen dan hasilkan lebih banyak video yang menarik," kata remaja yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah itu.
Sebelum ini, pelajar jurusan Asasi Sains itu memuat naik video bertajuk 24 Hours On Tree Challenge (Cabaran 24 jam atas pokok), menceritakan pengalaman dilaluinya.
Video berdurasi kira-kira 11 minit itu menunjukkan Veveonah terpaksa memanjat pokok untuk menjawab kertas peperiksaan Kimia dan Pengajian Malaysia.
Dia pada awalnya telah membina sebuah pondok kecil di atas bukit bagi tujuan itu, namun pondok itu rosak dipercayai kerana faktor cuaca.
Dia memilih untuk bermalam di atas pokok berkenaan kerana cuaca yang semakin gelap tidak memungkinkan dia pulang ke rumah selepas menjawab peperiksaan.
Pelajar itu mula menjadi YouTuber sejak Mei lalu dan kerap berkongsi video berkaitan gaya hidup tradisional yang dijalaninya bersama keluarga.
Setakat ini video 24 jam di atas pokok yang dimuat naik dua hari lalu, merupakan video dengan tontonan tertinggi, iaitu melebihi 40,000 tontonan.
Sumber: Astro Awani
from Sehinggit Media https://ift.tt/2Y2iPb8
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3fz5Bst
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment