Wednesday 10 June 2020

COVID-19: Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Di Doha


KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia disahkan meninggal dunia di Qatar hari ini, dipercayai akibat COVID-19.

Tengku Endut Tengku Jusoh berasal dari Besut, Terengganu disahkan meninggal dunia di Hamad Medical Centre, Doha, pada jam 11 pagi waktu tempatan (jam 4 petang waktu Malaysia).

Perkara itu dikongsikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di akaun Facebook rasminya.

"Menerima berita mendukacitakan apabila rakyat Malaysia yang berasal dari Besut, Terengganu meninggal dunia di Qatar akibat COVID-19.

"Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tengku Endut Tengku Jusoh atas kehilangan ini.


"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya serta memberikan ketabahan kepada ahli keluarganya. Al-Fatihah," katanya.

Menurut Ahmad Samsuri, Allahyarham pernah bertugas di Malaysia Airlines sebelum menyertai Qatar Airways.

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Qatar turut mengesahkan perkara terbabit menerusi akaun Facebook rasminya.

"Kehadapan seluruh rakyat Malaysia di Qatar, dukacita dimaklumkan bahawa pihak kedutaan dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa Allahyarham Tengku Endut Tengku Jusoh telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, 10 Jun 2020, jam 11.05 pagi bertempat di Hamad Medical Centre, Doha, Qatar.

"Kedutaan Besar Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan hati. Bersama-samalah kita doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman," katanya.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/3fduvh6
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Ao1BMm
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment