Friday, 19 June 2020

Warga Asing Diberi Kelonggaran Masuk Ke Malaysia Tetapi Dengan Bersyarat – Ismail Sabri


Warga asing diberi kelonggaran untuk masuk ke negara ini berdasarkan beberapa syarat yang ditetapkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut adalah berdasarkan persetujuan Mesyuarat Menteri-Menteri terkini.

“Antaranya adalah untuk ekspatriat kategori EP1 atau yang mempunyai Professional Visit Pass dan Resident Pass Talent, (iaitu) yang melibatkan pengurusan tertinggi di sesebuah syarikat di negara kita.

“Mereka ini dibenarkan untuk masuk ke Malaysia tanpa perlu memohon kebenaran daripada Jabatan Imigresen Malaysia.

“Bagaimanapun, mereka tetap perlu menjalani saringan COVID-19 dan ujian swab di negara asal sebelum berlepas ke Malaysia,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Sekiranya tidak dapat membuat swab test di negara asal, warga asing ini mesti melakukan swab test di pintu masuk Malaysia.


Mengulas lanjut, Ismail menambah, sekiranya ujian saringan tersebut didapati negatif, maka mereka tidak perlu dikuarantin wajib selama 14 hari.

“Bagaimanapun, mereka yang hanya tidak perlu dikuarantin adalah jika datang dari negara zon hijau.

“(Sebaliknya) Jika dari negara zon merah, mereka mesti menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari,” tambahnya lagi.

Katanya lagi, KKM akan menetapkan negara-negara yang dikategorikan sebagai Zon Hijau dan Zon Merah.

Antara negara yang dianggap zon hijau setakat ini ialah Singapura, Brunei, New Zealand dan Australia, selebihnya akan diumumkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dari semasa ke semasa.

Selain itu, mereka juga mesti memuat turun aplikasi mySejahtera bagi membolehkan kerajaan memantau pergerakkan mereka.

Dalam pada itu, kebenaran masuk ke Malaysia bagi ekspatriat kategori EP2 dan EP3 pula sedang dipertimbangkan oleh Jabatan Imigresen.

“Bagi pakar teknikal asing yang diperlukan (kerja-kerja asas misalnya baiki mesin, kapal yang tidak boleh dibaiki pakar tempatan), biasanya mereka masuk untuk tempoh terhad dan bekerja bersendirian.

“Kita benarkan mereka masuk bagaimanapun tetap kena mohon Professional Visit Pass melalui Expatriate Services Division (secara) online dulu,” jelasnya lagi, selain perlu memuat turun aplikasi MySejahtera untuk pemantauan.

Manakala proses kemasukan mereka ke negara ini sama seperti EP1; wajib jalani saringan di negara asal dan jika negatif, tidak perlu dikuarantin.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada durasi ke 15:40.


Sumber: RTM via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/2YKDZJY
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2BgPW1X
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment