Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara serta rumah terbuka masih lagi tidak dibenarkan.
Menurutnya, apa-apa aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP belum dibenarkan lagi.
Tambahnya lagi, walaupun pelbagai kelonggaran telah diumumkan, ini bukan bermakna bahawa kerajaan tidak lagi melaksanakan apa-apa sekatan untuk mengawal penularan Covid-19. Ini kerana masih terdapat beberapa aktiviti atau sektor lain lagi yang dilarang beroperasi.
#PKPP: Pub, kelab malam, pusat karaoke serta aktiviti kenduri dan rumah terbuka masih tidak dibenarkan - PM @MuhyiddinYassin pic.twitter.com/7UIl16jsnt— BERNAMA (@bernamadotcom) June 7, 2020
Sumber: Bernama
from Sehinggit Media https://ift.tt/3cI8eGq
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XFH2Uj
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment