Sunday 7 June 2020

Pergerakan Rentas Negeri Dibenarkan Bermula 10 Jun Ini


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

PKPP antara lain membenarkan pergerakan rentas negeri selain beberapa aktiviti yang dilarang ketika PKPB akan dibenarkan.

"Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD," katanya dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.


Justeru, Perdana Menteri berkata, mereka yang ingin menziarahi ibu bapa kerana tinggal berjauhan boleh berbuat demikian.

"Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung.

"Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan.

"Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan," katanya.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2MzrWt9
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3gVpQBU
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment