Monday 8 June 2020

Pemberian RM50 Ke Dompet Digital Hanya Untuk Rakyat Yang Memuat-Turun Aplikasi MySejahtera


Menerusi sidang media perkembangan terkini PKPB oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Sri ismail Sabri pada hari ini telah menekankan tentang pemberian e-dompet bernilai RM 50 perlulah memuat turut dahulu aplikasi Mysejahtera.

Katanya dalam sidang media tersebut, kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet setelah pengguna muat turun aplikasi MySejahtera.

Tambahnya lagi, aplikasi ini membolehkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bertindak dengan cepat untuk mengenal pasti dan memaklumkan kepada kontek rapat yang dijangkiti Covid-19. (Rujuk video minit ke 7:19)


Seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam perutusan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) semalam bahawa jumlah RM 50 yang akan dikreditkan setelah rakyat memuat turun aplikasi MySejahtera. Ini bagi mengalakkan orang ramai untuk mengunakan aplikasi ini. 

Pelbagai kegunaan yang boleh digunakan dalam aplikasi ini, tegasnya dalam sidang media hari ini.



Sumber: Bernama via https://siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/3dHTrNa
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2AgBB5n
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment