Saturday 6 June 2020

KKM Sangat Galakkan Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam


PUTRAJAYA: Pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan umum terutama di tempat yang sesak dan tertutup memang digalakkan bagi mencegah dan mengawal penularan pandemik COVID-19.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menggalakkan penggunaan pelitup muka dalam kalangan orang ramai kerana terdapat bukti ia berkesan menurunkan jangkitan wabak COVID-19.

Beliau berkata, orang awam sememangnya digalakkan untuk memakai pelitup muka terutama mereka yang bergejala.


"KKM memang sangat menggalakkan pemakaian pelitup muka terutama bagi mereka yang bergejala dan jika kita berada di kawasan orang ramai termasuk pengangkutan awam dan pusat beli belah.

"Kepada mereka yang bertugas di wad COVID-19 dan Unit Rawatan Rapi (ICU) mereka diberikan penutup mulut dan hidung serta memakai peralatan pelindungan diri (PPE)... itu memang kita pastikan petugas warga kerja KKM dan barisan hadapan pelbagai agensi untuk memakainya," katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, WHO juga menasihatkan mereka yang bergejala seperti demam, batuk, badan letih, sakit tekak, pening kepala tidak keluar rumah kecuali untuk urusan penting dan mendapatkan rawatan.


Beliau berkata, individu yang bergejala hendaklah memakai penutup hidung dan mulut jika mereka perlu keluar rumah.


Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/376oYWv
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/30l3T9L
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment