Saturday 8 February 2020

Seorang Lagi Warga China Disahkan Positif Koronavirus Di Malaysia


PUTRAJAYA - Seorang lagi pelancong China disahkan positif koronavirus menjadikan jumlah pesakit yang positif virus itu di negara ini meningkat kepada 16 orang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pelancong wanita berusia 67 tahun itu merupakan ibu kepada rakan seorang warga China yang disahkan positif pada 6 Februari lalu (kes positif ke-14).

"Dia disahkan positif wabak itu semalam selepas menjalani ujian pengesanan dan pengesahan koronavirus.


"Wanita itu kini dimasukkan di wad isolasi di Hospital Kuala Lumpur dan berada dalan keadaan stabil," katanya pada sidang media perkembangan terkini jangkitan koronavirus di Kementerian Kesihatan di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media News https://ift.tt/31BsQfu
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2H47uhr
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment