Sunday 9 February 2020

"Ramai Sayang Kau.." – Berpusu2 Orang Datang Beri Penghormatan Terakhir Buat Abam


Berpusu-pusu yang datang, itulah gambaran suasana sekitar majlis pengebumian pelawak terkenal Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan kelihatan kediaman arwah Abam sudah dipenuhi dengan tetamu yang hadir terdiri daripada ahli keluarga, sanak-saudara, sahabat, dan kenalan rapat.

Ramai sayang kau bam

Menerusi posting di laman Instagram oleh beberapa rakan artis, dilihat ramai yang telah hadir sebagai tanda penghormatan terakhir buat arwah.


Abam Bocey telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.30 pagi hari ini dipercayai akibat demam panas.


Tolong doakan sahabat saya, dia sangat baik


Menerusi gambar dan video yang dimuat naik, kelihatan beberapa rakan artis telah ke rumah allahyarham antaranya penyanyi Altimet, Issey, dan Achey Bocey.

Mengakui Abam sebagai sahabat yang baik, dalam keadaan sebak Altimet memohon orang ramai untuk mendoakan roh Abam.

Berpusu2 orang datang nak tengok Abam





Difahamkan jenazah akan dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk disolatkan sebelum dikebumikan hari ini. Semoga segalanya berjalan lancar dan arwah di tempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman.

Sumber : Sinar & Issey via https://ohmymedia.cc


from Sehinggit Media News https://ift.tt/3bmuHJz
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/37aMCj1
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment