Monday 17 February 2020

"Allahu Tak Sangka"- Ashraf Sinclair, Suami BCL Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung


Berita mengejut dan menyedihkan pagi selasa apabila dilaporkan pelakon kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair meninggal dunia awal pagi tadi.

Suami kepada penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL itu dikatakan meninggal dunia ekoran serangan jantung.

Perkara itu disahkan pengurus BCL, Doddy.

“Iya (benar meninggal), serangan jantung”- Kata Doddy kepada Kompas.com menerusi aplikasi WhatsApp.


Malah ibu arwah, Khadijah Abdul Rahman juga mengesahkan perkara tersebut, lapor mStar.

“Anak saya Ashraf telah pulang ke Rahmatullah. Dalam perjalanan ke Jakarta sekarang”

Dilaporkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4.51 pagi di Hospital MMC Jakarta, Indonesia.

Ashraf Sinclair,40 tahun berkahwin dengan BCL pada November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia 9 tahun.

Takziah diucapkan kepada BCL dan keluarga..

Sumber: Lobakmerah.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2SyXFyC
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2UYrfiv
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment