Monday 4 November 2019

Tiada Lagi Lorong 'Tambah Nilai' Bermula Hari Ini..


PLUS Malaysia Berhad (PMB) akan menamatkan kemudahan tambah nilai di semua plaza tol bermula hari ini, 5 November 2019.

Mungkin sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go di lorong tambah nilai PLUS. Walau bagaimanapun, para pemandu nampaknya perlu bersiap lebih awal atau merancang perjalanan bermula 5 November ini apabila pihak PLUS bakal menghentikan perkhidmatan ini di lorong keluar tol seluruh negara.

Difahamkan keputusan ini dibuat bagi mengelakkan kesesakan di lorong keluar tol serta memastikan keselamatan pekerja tol. Difahamkan pada tahun 2015 sehingga 2018, terdapat 81 insiden plaza tol dirempuh oleh kenderaan berat.

Sebagai langkah untuk mengelakkan daripada kekurangan baki Touch ‘n Go, anda dinasihatkan untuk memasang RFID memandangkan kesemua laluan tol PLUS bakal menyokong sistem ini bermula hujung 2019.


Penggunaan RFID ini sekaligus membolehkan akaun kad kredit, debit serta pelbagai jenis e-wallet disertakan bagi memudah pembayaran tol.

PMB menasihatkan pelanggan supaya merancang perjalanan dan memastikan baki kad Touch 'n Go (TnG) mencukupi sebelum memasuki lebuh raya.

PLUS turut bersama TnG untuk memastikan semua kiosk TnG beroperasi dengan baik sepanjang masa. Malah, PLUS kini menambah lebih 11,000 fasiliti tambah nilai seluruh negara seperti ATM, stesen minyak, kedai runcit, hentian rehat dan pusat beli-belah.


from Sehinggit Media News https://ift.tt/33imjqe
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2NELHjb
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment