Friday, 22 November 2019

Cara Buat Susu Kunyit Untuk Menghilangkan Masalah Batuk Dan Selsema


Susu kunyit sangat bagus untuk menghilangkan batuk, selesema atau penyakit yang melibatkan saluran pernafasan seperti asthma.  Ianya juga sangat baik untuk pencernaan.

Kami nak berkongsi dengan anda resipi susu kunyit yang boleh diamalkan untuk seisi keluarga. Resipi ini telah dikongsikan oleh Sue Bertley di laman Facebook miliknya.

Hujan, sejuk malam ni, dah mula musim demam beramai- ramai pula. Sejak suami kena stroke di usia muda, saya kena rajinlah buat home remedy untuk dia. Maka, malam ni mula lagi buat susu kunyit.

Susu kunyit, cara traditional melawan batuk, selesema atau penyakit biasa/ringan melibatkan saluran pernafasan. Susu kunyit juga membantu pencernaan.

Biasa kami minum sebelum tidur, sangat membantu suami, pesakit stroke untuk tidur lebih lena dan tidak mudah demam selesema.

Bagus juga untuk joint, arthritis, almaklum mudah sakit badan, pinggang juga. Kawan- kawan boleh Google lagi kebaikan Turmeric Milk ni.


Bahan- bahan Susu Kunyit:

2 cawan susu (susu segar, susu tepung )

2 isi kunyit lebih kurang size ibu jari, dibersih, ditumbuk dalam lesung batu dan perah jusnya. 

Sedikit air

Secubit dua serbuk Lada Hitam

Sedikit madu asli (jika mahu)

Kalau rajin, buatlah untuk diri sendiri dan keluarga ye. Sangat bagus untuk kesihatan dalaman.

Cara buat: 

- Didihkan sedikit air dalam periuk (untuk elak susu hangit). 
- Kecilkan api dan masukkan susu. 
- Kemudian masukkan lada hitam, serta jus kunyit. 
- Kacau hingga sebati, beberapa minit hingga susu mula berbuih kecil.
- Tutup api dan buat ala susu tarik. 
- Dah suam, boleh masukkan sedikit madu dan minum.
- Moga sehat walafiat semua, tak mahu demam ye.
- Tambahan: kami minum 1-2kali saja seminggu. 
- Kalau kena demam, kami amal 2 hari berturut. Normally hari ke-3 dah sihat semula.

Sumber dari Facebook Sue Bertley via Petua Ibu


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2KLQT42
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2qBWZNC
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment