Friday, 29 November 2019

'Anak Saya Dah Tiada' - Bayi Maut Tercekik Selepas Diberi Makan Jeli


Seorang bayi lelaki berusia satu tahun di Filipina tercekik ketika diberi makan Jelly Ace, makanan manis yang sedang popular di negara itu pada 15 November lalu. 

Mangsa, Dean Adrian Villanueva Martin, dikejarkan ke hospital di mana dia telah disahkan meninggal dunia, tetapi bernafas semula selepas pasukan perubatan mencuba sedaya upaya menyelamatkannya. 

Untuk pengetahuan umum, sel otak akan mula rosak selepas 4-6 minit tiada peredaran darah di organ tersebut. Selepas 10 minit, otak akan terus berhenti berfungsi dan mati. 

Dalam kes ini, tiada peredaran darah di dalam otaknya selama 26 minit dan disebabkan itu, mangsa berada dalam keadaan koma. 




Mangsa mula mengalami kegagalan organ dan tahap hemoglobinnya juga rendah, berlaku pendarahan dan tahap gula yang tinggi dan banyak lagi. 

Selepas dua hari kemudian, mangsa tidak dapat lagi bertahan dan meninggal dunia pada 22 November. 



Kejadian ini menunjukkan betapa pentingnya ibu bapa menjaga pemakanan bayi kerana mereka bertanggungjawab di atas nyawa anak mereka sendiri. 

The Asian Parent juga menyenaraikan beberapa jenis makanan yang tidak sepatutnya diberi kepada bayi berusia 6 bulan hingga 12 bulan. 

BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

Jagung mentah
Ceri, beri atau anggur
Buah kering seperti kismis

PROTEIN

Kacang sama ada dicincang atau tidak dan mentega kacang
Daging keras atau besar
Hotdog dan sosej
Daging ikan dengan tulang ikan
Ketulan keju

PRODUK BIJIRIN

Biskut atau Granola Bars
Kentang, kerepek, pretzels dan lain-lain makanan ringan
Keropok atau roti dengan biji, kepingan kacang dan biji gandum
Ketulan beras atau bijian lain

MAKANAN MANIS

Gula-gula, jellybean, karamel, gula-gula getah atau gula-gula jeli
Marshmallows
Gelatin

Ibu bapa, beringatlah. Jangan biarkan anak anda tidak dijaga. 

Sumber: AsiaOne, World of Buzz, The Asian Parent via The Reporter


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Y2VMLQ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Y0dQWP
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment