Tuesday, 26 November 2019

Doktor Beritahu Anak Dah Ada Simptom² Kanser - Ibu Kesal Kerap Beri Makanan Ringan Kepada Anak


Anak-anak kecil disarankan mengambil pemakanan yang sihat dan berkhasiat agar dapat membesar dengan baik, sihat dan cerdas. Bukan sahaja anak-anak kecil, malahan orang dewasa juga digalakkan mengambil pemakanan yang sihat. Makanan ringan contohnya salah satu pemakanan yang tidak sihat dan boleh mengundang pelbagai penyakit.

Wanita ini berkongsikan satu luahan dari pengikutnya di media sosial yang menyatakan anaknya terkena simptom kanser. Pengikutnya itu dikatakan menghidap talasemia. Wanita ini juga terkejut apabila dia menyatakan makanan ringan dan air kotak sudah menjadi stok simpanan di rumahnya.

ALLAHUAKBAR, petang tadi Amy dapat call daripada seorang wanita dan ibu kepada seorang anak kecil berumur dua tahun. She call and ask me.

"Amy, saya follower Amy, saya selalu tengok wall Amy pasal anak kanser Amy. And now, anak saya demam on off dan sekarang ada timbul biji-biji kecil dekat bawah telinga dengan tekak. How should I do? "

Allahurabbi, hati Amy memang dah rasa tak sedap hati sangat. Amy cool down dia, sebab suara dia memang dalam ketakutan sangat. Suara hati seorang ibu yang sangat mengharapkan ianya bukan simptom kanser.


Firstly, saya bukan doktor, tapi saya ibu kepada anak kanser. Even saya tak tahu 100% tapi saya boleh terang apa yang saya tahu je. Subhanallah, dia beritahu mata anak dia bengkak, perut besar sikit, butir-butir kecil di bawah telinga dan bahu. 


Hancur hati seorang ibu bila pergi klinik untuk periksa keadaan anaknya dan dapat surat daripada doktor yang mengesahkan ianya adalah simptom kanser. Kasihannya Ya Allah, andai dapat putar masa kembali, banyak mak-mak kanser lain nak ubah cara pemakanan anak-anak termasuk aku!

Dia call sekali lagi untuk minta kata semangat daripada Amy. "Amy, doktor beritahu saya dan cakap anak saya ada simptom-simptom kanser, Amy. Macam mana saya nak hadap, Amy? Rasa nak rebah pengsan je bila dengar..."

Dan Amy masih tak puas hati, Amy tanya dia sekali lagi.

"Macam mana cara pemakanan sebelum ni dekat anak?” Tak sempat Amy tanya habis, dia jawab, “Allah Amy, dulu saya buat stok je air kotak. Air *****, cikedis kat rumah dan saya memang ada talasemia."

Allahurabbi! Kalau kita ada talasemia dan anak-beranak talasemia atau anemia, tolonglah ibu-ibu, tolonglah. Amy merayu sangat, jagalah pemakanan dan elakkan semua ini demi anak kita. Sayanglah anak kita. Biarlah kita dilabelkan seorang ibu bapa yang melampau dan cerewet bab menjaga anak. Tak boleh buat ini, tak boleh makan ni, tak boleh makan itu! Biarkan anak aku, aku tahu apa yang aku buat.


Hati ibu mana yang sanggup dengar semua ini? Sedangkan Amy sendiri hampir give up untuk teruskan hidup. Tapi? Siapalah kita untuk mengelak semua ini? Ada hikmah, sayang. Allah memilih kita kerana kita mampu menghadap semua ini. Dia tahu kita seorang yang layak dan seorang yang sangat kuat!

Keep strong sayang. And until now, Amy masih tertanya-tanya siapakah wanita ni, dan Amy harap dia kuat dan tempuhlah dugaan ni dengan hati yang terbuka. Redha dengan sesuatu perkara, barulah Allah terima.



from Sehinggit Media News https://ift.tt/33n36CQ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2OlAfdT
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment