Monday, 25 November 2019

Jadikan Isteri Kedua, Da’i Farhan Nikah Ibu Tunggal Anak Lapan


Beberapa bulan lalu, kecoh mengenai kisah rumah tangga bekas peserta program Pencetus Ummah (PU) iaitu PU Abu yang menikahi seorang janda tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Namun berbeza pula dengan juara program Da’i musim kedua, Da’i Farhan ini dimana baru sahaja diijabkabulkan buat kali kedua dengan seorang ibu tunggal yang mempunyai lapan cahaya mata.


Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, pendakwah berusia 29 tahun itu disatukan dengan isteri keduanya di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.


“Amanah buatku untuk mendidik & menjaga..”



“Allah pertemukan kami disisi Baitullah”


Menurut Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, dia berterima kasih kepada isteri pertamanya Fatin Nurul Ain yang mengizinkan dirinya untuk berpoligami dan tabah hidup bermadu.


“Terima kasih buat isteri pertamaku yang sentiasa tabah & kuat semangat dengan hakikat ini.. Moga segalanya dalam redha & rahmat ilahi,” katanya.

Posting berkenaan dihujani pelbagai komen pengikutnya yang mengucapkan syukur dan tahniah atas mahligai yang baru dibina itu.

Alhamdulillah hebat.. Respek!


Melindungi ibu tunggal & anak2


Tahniah! Isteri redha dengan poligami


Sumber : Da’i Farhan via https://ift.tt/2FBm52p


from Sehinggit Media News https://ift.tt/33fK3dz
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/35AfnWe
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment