Saturday, 23 November 2019

Biarkan Anak Menangis Ketika Mereka Diletakkan Dalam Car Seat, Jangan Kita Yang Menagis Kemudian Hari


“Biarkan anak kita menangis ketika meletakkan mereka di car seat. Jangan kita pula menangis kemudian hari. Ketika itu, nangis air mata berdarah pun tidak berguna lagi.”

Kemalangan ini tidak dijangka. Saya membawa kereta berhati-hati. Namun, disebabkan orang lain, kami pula terkena. Kalau dilihat kesan selepas kemalangan ini, siapa sangka kami masih lagi hidup.

Saya tak dapat bayangkan kalau anak saya tidak memakai car seat ini. Pastinya dia tercampak ke luar dan pergi meninggalkan kami selamanya.

Jalan raya bukan sesuatu yang selamat dan ianya berisiko. Kita perlu lindungi anak-anak kita sebaiknya kerana mereka juga berhak untuk membesar dengan selamat.

Kepentingan carseat terhadap anak kecil

Sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap keselamatan anak-anak, adalah amat penting untuk membeli carseat dan melatih anak-anak supaya duduk di dalam carseat. Kerana malang tidak berbau. Kisah diatas adalah sebahagian daripada kisah ibu bapa yang terlepas pandang terhadap keselamatan anak-anak. Malang tidak berbau dan tidak dapat diduga.


Sebagai ibu bapa yang prihatin, adalah penting untuk membeli sebuah carseat untuk anak-anak dan melatihnya supaya duduk di dalam carseat, sehingga anak-anak sudah pandai menjaga diri apabila duduk di dalam kereta.

Bencana menimpa tidak kira waktu, lebih-lebih lagi untuk ibu bapa yang kerap membawa anak berjalan jauh untuk melancong.

Masa si suami sedang memandu, memang tidak digalakkan untuk si ibu memangku anak sahaja. Dikhuatiri ketika anak dan ibu sedang tidur, berlaku kemalangan di dalam kereta. Kebanyakan kes kematian anak kecil semasa kemalangan disebabkan anak dipangku sahaja lalu tercampak keluar kereta. Si ibu pula tertidur dan anak tidak dipegang erat.

Memudahkan ibu bapa memandu seorang diri

Untuk ibu yang selalu memandu tanpa suami di sisi, dan hanya membawa anak kecil, alat ini amat diperlukan. Anak yang masih bayi atau kanak-kanak berusia bawah 5 tahun memerlukan pengawasan orang dewasa semasa tinggal di dalam kereta.

Oleh itu, ibu yang sedang memandu tidak mampu memandu dan memujuk anaknya di dalam kereta. Walaupun pada permulaannya amat payah, namun apabila dibiasakan, anak kecil mampu duduk dengan tenang di dalam carseat.

Bayi atau anak kecil boleh berdikari-tidur sendiri

Anak yang sudah kenyang dengan susu dan apabila lampin anak sudah ditukar, anak boleh tidur sendiri tanpa mengharapkan ibunya mendodoikannya tidur. Apabila sudah terbiasa tidur di dalam carseat, dengan gegaran di dalam kereta seoalah-olah di dalam buaian si comel pasti tidur lena.

Anak tahu apa itu perbuatan yang rutin

Apabila kita membiasakan anak tidur di dalam carseat, kita telah mengajar anak untuk biasa dalam aktiviti yang rutin. Dengan itu, anak lebih berdisiplin dan mudah untuk mengawal anak. Anak mudah keliru jika anak tidak diajarkan perkara yang rutin.


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2KPhe1e
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/37AUU5d
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment