Wednesday, 27 November 2019

Petrol RON95 Akan Naik 1 Sen Setiap Minggu Mulai Tahun Depan


Mulai tahun depan, harga minyak RON95 akan dinaikkan satu sen setiap minggu sehingga mencapai tahap yang stabil mengikut harga pasaran.

Untuk elak barang naik

Hal ini dinyatakan oleh Timbalan Meteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen dimana kementerian bersetuju menaikkan bahan api tersebut sebanyak satu sen.

“Keputusan mengapungkan harga minyak bagi meringankan kos hidup rakyat selain mengelak harga barangan tidak naik secara mendadak.”

Tambahnya lagi, harga petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat sebaik sahaja Program subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan Januari depan bertujuan tidak membebankan rakyat.

Sabah, Sarawak, Labuah terkecuali


Namun begitu, PSP tidak akan dilaksanakan  di Sarawak, Sabah dan Labuan dan mereka akan terus menikmati harga subsidi RON95 pada harga RM2.08 seliter berikutan memandangkan kenderaan disana majoriti menggunakan diesel dan petrol dalam kapasiti yang besar.

Menerusi Harian Metro, pemakluman tersebut telah mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.

Rata-rata daripada mereka meninggalkan komen seakan tidak bersetuju dengan pengumuman tersebut. Ada sahaja komen seakan memerli dan berjenaka dengan situasi baru yang bakal dihadapi tahun hadapan.



Macam mana ni YB?


Bila masa tak membebankan rakyat?


Sumber : Harian Metro via https://ift.tt/2FBm52p


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2OrSjDr
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2OKncSi
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment