Friday, 22 November 2019

Wanita Ditalak 3 Ketika Hamil, Bekas Kekasih Datang Dodoi Anak Baru Lahir


Cinta yang kita semai dan baja dengan kasih sayang tidak semuanya akan terus mekar. Kadang-kala perhubungan yang bertahun dijaga rapi boleh sahaja terlerai bila-bila masa.

Namun, tidak semua tali silaturrahim yang telah dibina akan dibiarkan putus hingga ke akhir hayat. Hal ini samalah seperti perkongsian yang dibuat oleh seorang wanita mengenai kisah bekas teman lelakinya.

Bekas kekasih datang tengok baby

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Miss Erin Kayy ini memberitahu bahawa dia baru sahaja melahirkan anak dan bekas teman lelakinya datang menziarahi bayi sambil membawa hadiah.

Perkara tersebut dianggap begitu bermakna kerana perhubungan mereka terputus disebabkan oleh dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan kawan baiknya walaupun sudah 4 tahun bercinta.


Tinggal boyfriend, kahwin dengan kawan baik

Tambah wanita itu lagi, kisah hubungan mereka seperti drama di televisyen kerana bekas teman lelakinya masih lagi baik dan tidak sedikit pun berdendam atas apa yang pernah terjadi.


Miss Erin memberitahu bahawa telah diceraikan oleh suami ketika usia perkahwinan baru 3 bulan dengan talak tiga. Akur dengan ketentuan nasib, wanita itu tetap kuat menempuh tempoh hamil seorang diri tanpa suami disisi.


Dia sikit tak ejek bila aku bercerai…



Allah dah susun cantik perjalanan kami



Korang get back jela

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian tersebut di Twitter wanita berusia 21 tahun ini, rata-rata netizen telah tampil meninggalkan komen diruangan tersebut.

Mereka telah menurunkan maklum balas yang pelbagai dengan kebanyakkannya mendoakan agar mereka kembali bertemu jodoh. Mereka juga berharap agar kisah hubungan pasangan tersebut  menjadi pengajaran untuk kehidupan masing-masing pada masa akan datang.



Pengajaran untuk hubungan akan datang




Lelaki kalau dah sayang…




Sumber : Miss Erin Kayy via https://ift.tt/2FBm52p


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2KJzY2k
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2rez3Qs
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment