Wednesday 6 November 2019

Menurut Kajian, Usia 26 Tahun Adalah Usia Terbaik Untuk Berkahwin


Bukan senang nak cari pasangan, lebih-lebih lagi pasangan yang menepati citarasa

Boleh dikatakan ramai lelaki dan wanita yang masih berstatuskan diri sebagai bujang. Walaupun wujud rasa cemburu melihat rakan-rakan yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak namun anda masih tetap sahaja bersendirian.

Dalam pada itu, perlukah difikirkan kenapa perlu rasa terburu-buru? 

Menurut kajian, berkahwin juga ada umur terbaiknya. Menurut wartawan Brian Christian, dan penyelidik bidang kognitif Tom Griffiths, sebaiknya anda mengikuti aturan 37% jika ingin mencari pasangan hidup.


Aturan 37% ini akan mengira secara algoritma dan membantu memutuskan sesuatu. Anda perlu menapis pelbagai pilihan dalam masa terhad dan jika dilaksanakan, contohnya diandaikan bahawa mencari pasangan dilakukan dari usia 18-40 tahun, usia terbaik untuk berkahwin adalah usia 26 tahun.

Ada yang menganggap usia tersebut masih muda dan masih belum puas untuk berhibur, tapi jika anda berkahwin selepas usia tersebut, usia tersebut, akan ada penurunan kesempatan mencari pendamping hidup yang baik. 

Tapi ia hanya kajian sahaja kerana jodoh datang pada bila-bila saja dan tiada siapa tahu bila.

Sumber: Nakbebel


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2JXKXEL
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2NR5H28
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment