Sunday 3 November 2019

Meninggal Lebih 2 Tahun, Jenazah Utuh Bak Tidur Langsung Tak Dimamah Bumi


Kita sering mendengar bahawa amalan yang baik dan kerap membudayakan al-Quran akan membantu kita daripada azab didalam kubur apabila mati kelak.

Perkara tersebut sering kedengaran apabila ada ulama-ulama yang meninggal dunia bertahun-tahun namun apabila kuburnya digali, jenazahnya masih dalam keadaan sempurna tanpa sebarang cela.

Jenazah masih utuh

Menerusi satu posting yang diperoleh daripada Facebook, satu video tular menceritakan mengenai satu jenazah yang dikhabarkan sudah dua tahun dikebumikan namun masih utuh dan cantik seperti baru sahaja meninggal dunia.


Kain kapan tak dimamah tanah

Walaupun tidak dapat dipastikan video tersebut diambil daripada mana, namun banyak pengajaran yang diperoleh daripada hal tersebut.


Berdasarkan rakaman itu, beberapa orang lelaki telah menggali semula sebuah kubur dan mereka dapati jenazah didalamnya tidak langsung dimamah bumi.

Kain kapan yang membaluti jenazah itu masih juga cantik cuma sedikit kotor kerana terkena tanah. Wajah jenazah juga seakan-akan seperti tidur dan membuatkan individu yang menggali kubur tersebut tergamam dengan kebesaran Allah S.W.T.

Sehubungan dengan itu, melalui video tersebut, setiap umat Islam haruslah menjadikan perkara itu sebagai ikhtibar agar dapat mempertingkatkan ketakwaan kepada Maha Pencipta.

Semoga melalui video tular itu, menjadi pemangkin untuk kita sama-sama berusaha menjadi seorang hamba yang sentiasa berpegang kepada agama.

Sumber : Ashraf Muslim via https://borakdaily.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/34sLXZA
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2pFnYHD
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment