Tuesday 5 November 2019

Kajian Menunjukkan 75% Lelaki Mula Cari GF Baru Selepas Sebulan Single


Menurut kajian dari SweetRing keatas 325 lelaki dan wanita berusia 23 hingga 45 tahun, kira-kira  75% lelaki mula mencari teman wanita baru selepas sebulan single.

Dipetik daripada portal World of Buzz, hanya 54% daripada wanita memerlukan setengah tahun untuk mencari teman lelaki baru.

Tambah lagi, 69% lelaki masih merindui bekas teman wanita mereka dan lelaki berusia 29 hingga 34 tahun boleh terima untuk kembali pada ex mereka yang dahulu.

Berbeza dengan wanita, 72% daripada mereka tidak terfikir pun untuk kembali pada bekas teman lelaki dan lebih selesa untuk tidak kembali pada mereka.

Peratusan-peratusan lain adalah seperti berikut:

70% lelaki memerlukan hanya 4 hingga 8 bulan sebelum memulakan hubungan baru.

20% lelaki tidak kisah untuk menunggu wanita yang mereka impikan walaupun lebih daripada 19 bulan lamanya.


Wanita lebih hebat dalam mengendalikan rasa sunyi.

80% wanita memerlukan hampir setahun sebelum memulakan hubungan baru.

69% lelaki tidak kisah untuk berkawan dengan bekas teman wanita.

Wanita di Malaysia lebih selesa untuk hanya berkawan dengan bekas teman lelaki di laman sosial dan tidak lebih daripada itu.

63% lelaki memutuskan hubungan kerana alasan masalah kewangan.

66% wanita pula memutuskan hubungan kerana di tipu pasangan masing-masing.

80% lelaki dan wanita setuju alasan keluarga tidak terima pasangan adalah punca break up

70% lelaki suka buat kawan baru untuk ubati rasa patah hati selepas putus cinta.

27% lelaki lebih suka membuat diri jadi sibuk dengan kerja untuk move on.

85% wanita pula suka keluar bersama kawan-kawan untuk melupakan bekas teman lelaki.

Fuhh! Macam banyak yang betul je ni!

Sumber: https://era.je


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2riz0mL
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2NlxlFx
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment