Saturday 2 November 2019

'Belai Janggut Suami' - Petua Rahsia Bonda Rozita Kekal Awet Muda Jadi Ikutan Netizen


Siapa kata anda perlu pembedahan plastik atau suntikan kolagen untuk kekal awet muda? Menurut pengusaha kosmetik terkenal Bonda Rozita atau Rozita Ibrahim yang juga ibu kepada personaliti Aliff Syukri ini, petua beliau kelihatan muda di usia penghujung 50an ialah kerap mengurut janggut suami.

Menurut Bonda Rozita, menurut pemerhatiannya wanita yang mempunyai suami berjanggut mempunyai lebih banyak kelebihan kerana akan nampak lebih awet muda jika si suami menyimpan janggut panjang.

'Janggut suami yang panjang akan membuat wanita tampak lebih muda kerana menggalakkan hormon' dakwanya di dalam salah satu status Instagram terkini.


Beliau turut memetik kajian saintis daripada Massacusette Institute of Technology (MIT), Amerika Syarikat bahawa janggut boleh melindungi wajah lelaki dari sinaran UV, menggalakkan kesuburan dan membaik sistem pernafasan.


View this post on Instagram

Janggut suami buat wanita jadi muda sbb mengalakan hormon..!! Upss wlu pun petua ..Sy masih lagi dlm mood majlis ajim kahwin.. semua yg sy posting behind the scene sepanjang majlis ajim..( gambar2 belum siap lagi daripada pihak agensi photography) . . Dlm wedding tu suami sy bagi petua.. kalau sakit perut, ubatnya dari hujung janggut dan sy pernah mendengar daripada seorg yg sgt tinggi ilmunya mengatakan bahawa wanita yg berkahwin dgn lelaki yg mempunyai janggut dia akan kelihatan muda..sbbnya berkaitan hormon..!! (Kata Dr Nick Lowe seorg ahli dermatologi dari London) . . Antara kebaikan lelaki berjanggut mengikut Kajian oleh para saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat berjudul “The Amazing Fact of Human Body” ia mampu melindungi wajahnya dari sinaran UV matahari.. melembabkan kulit wajah lelaki.. baik utk sistem pernafasannya, meningkatkan kesuburan lelaki, merangsang kesuburan wanita dan menggalakkan hormonnya dan menstabilkan haid.. kerana janggut mengandungi hormon testosteron.. . Caranya mudah sahaja.. dgn membelai janggut lelaki.. !! Nampak lwak tp benar antara yg kita tahu menyimpan janggut merupakan sunnah Nabi dipkai dek org alim2 je dn kini ia menjadi 1 trend dan menampakkan lelaki tu lebih kelihatan maskulin..
A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Tidak hairanlah status Bonda Rozita itu menjadi bahan perbincangan panas di ruangan komennya.

'Wah, tak sangka tak perlu pembedahan kosmetik pun untuk awet muda' kata seorang netizen.

'Kena minta suami bela janggutlah kalau macam ni' tambah seorang lagi.


'Betul, suami saya pun cakap benda sama, time tu saya sakit perut suami suruh kemam janggut dia, hilang terus sakit' kongsi seorang lagi pengikut pengusaha Sendayu Tinggi ini.

Walaupun ramai yang skeptikal, namun tak salah mencuba kan? Untunglah wanita-wanita yang bersuamikan lelaki berjanggut. 

Tapi, persoalannya berkesan ke?

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media News https://ift.tt/3263Rzv
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/34t1M2r
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment