Thursday 7 November 2019

Awas! Hampir Seluruh Negeri Bakal Dibadai Ribut Petir Petang Ini


Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan sebentar tadi telah mengeluarkan notis amaran ribut petir yang dijangka melanda melibatkan hampir semua negeri di Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 10 negeri dijangkakan terlibat dengan ribut petir iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Labuan.


Antara kawasan yang dijangkakan terlibat sehingga jam 2 petang ini ialah semua daerah (Perlis), Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu (Kedah), (Pulau Pinang), Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak (Perak), Bera, Pekan, Rompin (Pahang), Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Sepang (Selangor), (WP Putrajaya), Kuala Pilah, Rembau, Jempol, Tampin (Negeri Sembilan), (Melaka), (Johor).


Bagi kawasan di negeri luar Semenanjung pula ialah pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Sabah) dan Labuan.

Orang ramai yang ingin melakukan aktiviti luar atau beriadah pada petang ini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati.

Sumber : Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2pIqbSY
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/32ojqD3
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment