Friday 8 November 2019

Agong Sanggup Panjat ‘Divider’ Jalan Tanya Khabar Mangsa Kemalangan


Selepas memegang tampuk pemerintahan negara pada tahun ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerap kali menjadi perhatian kerana sifat baginda yang begitu mesra dan prihatin kepada rakyat jelata.

Setiap tindak tanduk baginda serta kerabatnya sentiasa memberikan senyuman kepada warganet kerana berasa gembira mempunyai seorang Agong dan juga Raja Permaisuri Agong yang sangat humble.

Turun tengok kemalangan


Menerusi perkongsian yang diperoleh daripada Instagram Istana Negara, KDYMM Agong telah turun sebanyak dua kali daripada kenderaan yang dinaikinya untuk melihat sendiri kemalangan yang melibatkan beberapa buah kereta di Cyberjaya dan Plaza Tol MEX Putrajaya.


Menurut sumber, KDYMM Agong dalam perjalanan pulang dari Mesyuarat Pra-Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Putrajaya dan secara kebetulan melalui kawasan kemalangan itu.


Hati2 musim hujan ni

Sehubungan dengan itu, baginda sempat meninggalkan pesan kepada para pemandu yang terlibat dalam kemalangan tersebut supaya memandu dengan berhati-hati berikutan jalan yang agak licin kerana hujan sejak awal pagi tadi.


Daulat Tuanku

Melihat daripada posting tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di Instagram sumber dengan berasa terharu atas keprihatinan Seri Paduka Baginda Agong.

Mereka juga mengakui bahawa inilah teladan yang harus dicontohi oleh para rakyat dengan melihat kerendahan hati seorang raja  yang sanggup mengenepikan kedudukan demi memahami situasi rakyatnya.


Hilang panik bila tuanku tanya khabar


Lindungilah raja kami


Tuanku berjiwa rakyat


Sumber : Istana Negara via https://ift.tt/2FBm52p


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2qDXLcU
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Qbctmr
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment