Monday 4 November 2019

640,000 Pekerjaan Tersedia, Tetapi Tiada Yang Berminat - Kula Segaran


KUALA LUMPUR: Sejumlah 640,000 pekerjaan sedia ada kini ditawarkan di seluruh negara di mana lebih 150,000 pekerjaan diwujudkan tahun ini.

Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran berkata, peluang pekerjaan tersebut bukan sahaja meliputi sektor 3D iaitu sukar, kotor dan berbahaya, malah merangkumi pengurusan, profesional serta juruteknik dan profesional bersekutu.

“Ketika saya beri jawapan sekarang, kita ada kekosongan 640,000 pekerjaan yang sedia ada. Bukan sahaja kerja 3D, ia termasuk pengurusan lebih 6,000; profesional lebih 21,000; serta juruteknik dan profesional bersekutu lebih 22,000.

“Lagi satu aspek adalah, ekonomi hijau (green economy) dikatakan boleh mewujudkan 250,000 pekerjaan dan ini telah bermula,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang bertanya sama ada kerajaan mampu menunaikan janji manifesto iaitu mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun pentadbiran.

Kula Segaran yang komited janji tersebut dapat ditunaikan bagaimanapun berkata, masih tidak ramai yang berminat untuk bekerja.

“Masalah besar yang kita hadapi adalah wujud kekosongan yang banyak, tetapi tidak ada anak-anak kita yang ingin mengambil pekerjaan tersebut,” jelasnya.

Terdahulu dalam soalan asal, Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH-Jeli) bertanya Kementerian Sumber Manusia mengenai jumlah kes pembuangan kerja.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2pulBHT
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2WDfaOL
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment