Monday, 26 February 2018

Suami Ada Perempuan Lain... Dia Suruh Saya Balik Kampung Bawak Anak-anak Sekali


Dulu kami hidup susah. Pergi kerja terpaksa berhujan panas, tetapi selalunya berhujanlah. Walaupun di dalam beg duit aku ada RM5.00, saya sanggup ikat perut minum air kosong dan berikan duit itu pada suami untuk isi minyak motosikal.

Suatu hari, suami pergi berkursus. Dalam tangan saya ada RM300, saya berikan padanya RM200. Tetapi semasa dia dah nak pegang RM200 itu, saya tambahkan lagi RM50 sebab dia nak pergi jauh. Kalau ada apa-apa yang terjadi, ada duit backup.

Tinggallah RM50 pada saya. Saya simpan duit itu dan langsung tidak usik. Bila suami balik, dia hanya pulangkan RM50 pada saya. Dicampur dengan duit yang saya ada, jadilah RM100 untuk menampung belanja makan sehingga hujung bulan.

Suatu hari, kami mendapat tawaran bekerja di Manjung. Malangnya, ada orang yang busuk hati dengan kami dan kami dibuang kerja.

Pada masa itu saya tengah sarat mengandung. Demi nak menolong suami, saya bangun setiap jam 3.30 pagi untuk membuat kuih dan menemankan dia berniaga.

Selepas selamat bersalin, suami mendapat kerja di sebuah hotel bajet. Gaji dia cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan.

Selepas setahun bekerja, dia mendapat tawaran bekerja dengan kerajaan pula. Saya sangat gembira dan bersyukur pada Allah. Akhirnya Allah makbulkan doa saya. Tetapi gaji dia tidak cukup menampung kami anak beranak. Jadi, saya meminta izin suami untuk bekerja, niat saya hanya mahu membantu suami.

Alhamdulillah, dengan niat baik itu hidup kami mula stabil. Tetapi suatu hari itu dia menyuruh saya berhenti kerja dan balik duduk di kampung dengan anak.

Saya terkejut mengapa dia beria-ria menyuruh saya balik menetap di kampung. Sejak dia dapat kerja kerajaan ini, layanan dia pada saya memang berubah 100%. Pandang muka saya pun tak nak, tersentuh sedikit pun tak boleh. Akhirnya saya berhenti kerja 24 jam mengikut arahan dia dan balik ke kampung dengan anak kami.

Akhir sekali barulah saya tahu mengapa dia berubah. Rupa-rupanya dia sudah ada perempuan lain.

Tujuan saya berkongsi cerita ini untuk semua kaum Adam sedar. Isteri takkan tinggalkan suami ketika dia susah, malah sentiasa cuba membantu suami dia untuk bangun semula. Tetapi bila suami sudah berjaya sikit, dia lupa jasa-jasa isteri dia yang banyak membantu dia.Sekian. – Rabiatul Adawiyah Abd Rahman


from Sehinggit Media http://ift.tt/2CkerL7
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2FxO4A5
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment