Kita sering ditanamkan dengan pemikiran bahawa tanpa adanya pendidikan yang tinggi, kita pasti tidak akan mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Namun, seorang pengembala lembu bernama Saipol Azmir Zainuddin ini ternyata telah membuktikan bahawa kita semua masih mampu mencipta kejayaan walau tanpa sebarang sijil akademik.
Menurut Pucuk Paku, Saipol mula berhenti bersekolah setelah menamatkan pelajaran di Darjah Enam. Namun begitu, Saipol pada ketika itu sudah mempunyai matlamat utama yang ingin dicapainya iaitu dengan menjadi pengembala yang berjaya.
Ternyata rezeki itu tidak salah alamat dan keputusan Saipol untuk berhenti sekolah adalah keputusan yang terbaik buat dirinya.
“Walaupun berhenti sekolah lebih awal daripada rakan lain, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya kerana itu impian sejak kecil”.
Berkat usaha yang jitu, Saipol yang kini telah meningkat usia 33 tahun akhirnya berjaya memperoleh pendapatan melebihi RM1 juta hasil daripada jualan lembu-lembu ternakannya!
Kisah kejayaan memberangsangkan beliau timbul selepas Saipol membeli seekor anak lembu dengan harga RM450 dengan gaji pertamanya bekerja sebagai buruh binaan membuat rumah. Sejak itu, setiap bulan Saipol akan membeli seekor lembu untuk diternak dan dibiakkan sehingga beliau berusia 18 tahun.
“Hasilnya, pada usia 18 tahun saya berjaya memiliki 300 ekor lembu. Sepanjang tempoh itu, saya dengan bantuan ayah menternak dan menjual lembu kepada penduduk kampung. Duit yang saya dapat hasil jualan lembu saya simpan kerana impian saya untuk memiliki ladang ternakan sendiri”.
Setelah mencapai usia 19 tahun, Saipol mula menjalankan perniagaan menjual lembu secara serius. Hasil jualannya mendatangkan keuntungan yang banyak dan membolehkan beliau memiliki kenderaan serta rumah sendiri pada usia yang begitu muda!
“Saya kemudian membuat pinjaman dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebanyak RM100,000 melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat bagi mengembangkan perniagaan. LPP dan PPK Kuala Langat banyak membantu saya dari segi pasaran dan promosi ke seluruh negara”.
Setelah beberapa tahun mengumpul wang, Saipol akhirnya berjaya memiliki tanah berkeluasan 0.8 hektar bagi menempatkan kesemua haiwan ternakannya. Beliau turut memandang serius akan aspek penjagaan kesihatan dan kebersihan agar ternakannya sentiasa sihat dan tidak berpenyakit.
Pada masa ini, Saipol mempunyai sebanyak 700 ekor lembu di samping menternak 150 ekor kambing dan 30 ekor kerbau. Malah, Saipol turut menawarkan khidmat mengadakan kursus ternakan kepada golongan muda yang berminat untuk menjadi pengembala yang berjaya sepertinya.
Kejayaan demi kejayaan diraih oleh Saipol sehingga membolehkan beliau menerima Anugerah Peladang Jaya Peringkat Kebangsaan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2015.
Pencapaian yang sungguh memberangsangkan!
Kini, Saipol telah pun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seramai lima cahaya mata hasil perkahwinan tersebut.
Sumber: Era Baru
from Sehinggit Media http://ift.tt/2ENpSwh
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BNASHe
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment