Wednesday, 28 February 2018

Alamak.!! Rupa-rupanya Orang Lain Yang Sembur Dadah Kat Muka. Farid Kamil Tanpil Buat Penjelasan Sebenar


SHAH ALAM: Pelakon Datuk Farid Kamil mendedahkan dua individu dalam laporan polis dibuatnya yang dipercayai meletakan dadah dalam minumannya sebelum ini bukanlah Taj (Innuendo) dan Osh (Firdaus).

Sebaliknya, dua individu berkenaan merupakan orang dalam industri hiburan yang mempunyai nama serupa dengan dua individu tersebut yang mendakwa sebagai kerabat diraja Johor dan Kedah.

"Saya menyebut nama iaitu Osh dan Taj iaitu manager artis dan penyanyi dalam laporan saya tapi agak memeranjatkan apabila dua orang individu yang disiasat adalah orang yang lain.

"Malam sebelum saya ditahan polis ada dua individu yang saya tidak pernah jumpa sebelum ini memperkenalkan diri mereka sebagai kerabat diraja Kedah dan Johor.

"Mereka menggunakan dadah jenis semburan yang dipercayai belum dikesan oleh pihak polis," ujarnya kepada mStar Online.


Farid menunjukkan invidu sebenar.

Farid ditemui pada majlis sidang media khas yang diadakan di The Loft Event Space, Setia Alam, di sini, Rabu.

Pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu ini ditemani tiga peguam daripada Tetuan Faizul Nasir & Co yang diketuai oleh Faizul Mohd Nasir.

Selain dua individu yang dimaksudkan Farid, seorang lagi yang sudah memberi keterangan kepada polis ialah Sofi Jikan.

Sementara itu, Farid berkata, dia sudah memberikan maklumat serta gambar sebenar individu berkenaan, namun agak kecewa apabila mendapati dua orang yang dipanggil itu bukan individu dimaksudkan. 

"Saya tunggu untuk kawat cam daripada pihak polis tapi daripada gambar yang dikeluarkan di surat khabar ia bukan individu saya laporkan," ujarnya.

Sementara itu, Farid turut menuntut keadilan dan mendakwa dia dipukul oleh 11 anggota polis berpakaian preman pada malam ketiga dia ditahan.

Katanya, perkara itu berlaku kira-kira pukul 2 pagi dalam keadaan lampu ditutup.

"Kira-kira pukul 2 pagi lampu tiba-tiba ditutup dan saya terdengar bunyi tapak kaki datang berhampiran dan lampu terbuka semua. Saya kemudian dipakaian baju berwarna putih dan tidak boleh bergerak dan lampu ditutup semula.

"Saya nampak tiga orang di atas kepala dan kiri dan kanan saya. Masa itu saya fikir matilah saya dan kesan darah banyak di baju kerana luka di dahi. Saya kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Melaya (PPUM), ujarnya.

Dia sudah membuat laporan terhadap perkara itu selepas dibebaskan dari tahanan reman. Bagaimanapun Farid berkata, maklum balas yang diterima dari pihak polis mengecewakan.

Pada 11 Januari lalu, Farid hadir ke Balai Polis Kota Damansara bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi WhatsApp berbunyi '300 artis hutang ah long'.

Farid tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota polis berkenaan yang turut disaksikan oleh seorang anggota lain dan tiga orang awam.

Ujian saringan air kencing juga mendapati Farid positif dadah jenis ganja.

Farid telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Selain itu, Farid juga direman mengikut Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media http://ift.tt/2BXGu1X
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2GQhOYe
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment