Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam telah meluluskan Pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 dibawah Seksyen 16 (Tidak Menunaikan Sembahyang Jumaat) yang membawa hukuman maksimum denda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 2 tahun atau kedua-duanya sekali terhadap lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat berkuat kuasa dalam tempoh terdekat.
Pengerusi Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, pindaan ini memperlihatkan keprihatinan dan kesungguhan kerajaan negeri dalam memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di negeri ini.
Hukuman ini yang disokong sebulat suara termasuk wakil pembangkang menyaksikan peningkatan ketara iaitu sebelum ini denda RM1,000 dan penjara 6 bulan dikenakan kepada pesalah yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa keuzuran atau tanpa sebab munasabah.
Tambahnya enakmen ini dipinda bagi meningkatkan kesedaran rakyat beragama Islam mengenai kewajipan menunaikan solat Jumaat. – Terengganu Times
from Sehinggit Media http://ift.tt/2CgSjBj
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2owcG48
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment