Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari, 37, hari ini mendakwa dirinya dibelasah sekumpulan anggota polis ketika berada dalam tahanan reman.
Pendedahan terbaru itu dibuat Farid dalam sidang media khasnya di Setia Alam, Shah Alam hari ini.
Menurut pelakon drama Lafazkan Kalimah Cinta itu, kejadian itu berlaku sekitar jam 2 pagi pada hari ketiga beliau berada di sel tahanan.
Menceritakan Kejadian berkenaan, Farid mendakwa beliau didatangi seramai 11 anggota polis berpakaian biasa sebelum dipakaikan dengan baju pasung dan lampu sel ditutup.
"Ketika dipakaikan baju putih itu saya cuba meronta dan tiba-tiba saya berasa cairan mengalir di wajah saya. Apabila lampu dibuka semula dan cuba membuka pakaian berkenaan, saya mendapati banyak kesan darah pada baju itu
"Sedangkan sebelum itu saya hanya bertanyakan tentang arah kiblat. Banyak keraguan tentang arah kiblat yang sebenar," dakwanya.
Berikutan kejadian itu Farid mendakwa dia mengalami kecederaan di bahagian dahi hingga menimbulkan kesan parut.
Suami kepada kepada aktres Diana Danielle memberitahu dia sudah membuat laporan polis terhadap 11 individu tersebut sebelum ini.
Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari lalu pada jam 5.54 petang.
Namun beliau mendakwa sehingga kini maklum balas yang diterima daripada pihak polis mengecewakan.
Malaysiakini sedang berusaha menghubungi polis Selangor bagi mendapatkan reaksi berhubung dakwaan berkenaan.
Terdahulu, pada 16 Januari lalu, Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.
Pada 25 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret sama atas pertuduhan mengambil dadah jenis jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja.
Sumber: http://ift.tt/15ey8x6
from Sehinggit Media http://ift.tt/2F26YBO
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Fdwt2C
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment