"Dia dapat free marketing," demikian kata netizen berhubung isu pengacara dan pelakon, Neelofa yang dikecam teruk oleh netizen kerana melancarkan koleksi tudung dan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 di sebuah kelab malam di ibu kota.
Netizen tidak menolak kemungkinan pemilihan tempat itu telah dirancang dan apabila dikecam di media sosial, nadanya akan bertukar pada keesokan harinya.
"Free marketing katanya, memang minta dihighlightkan isu ini pun. Esok-esok dia minta maaf, netizen mula kasihan, tudung kembali terjual," dakwa Ryna Rose.
"Dia rileks, makin kaya, netizen yang support dia juga kais pagi makan pagi, kais petang makan petang," tambahnya lagi.
Bagi Imam Muda Fakhrul pula, matlamat tidak menghalalkan cara, malah perlu ditegur dan wajib bertaubat.
"Apa hukum buat pelancaran tudung di kelab malam? Hukum asal harus dan berpahala. Tapi bila buat di kelab malam jadi haram. Haram bukan sebab pelancaran tudung tetapi kerana buat di kelab malam, pergaulan tanpa batasan, hiburan melampau dan penuh dengan fitnah. Fitnah kepada seorang muslimah dan muslim, fitnah kepada pemakaian syariat dan fitnah kepada agama. Pelaku dan yang terlibat dengannya berdosa, wajib bertaubat.
"Saya ambil kerja Tuhan? Maaf, Tuhan yang minta saya buat kerja ini!
'Kena berlembut, jangan berkasar.'
"Maaf, sesetengah orang hatinya penuh karat. Tak tercabut dengan air. Kena guna tukul besi. Tak percaya? Rujuk pendekatan dakwah Rasulullah. Yang nak berlembut, silakan tetapi kena ada yang bertegas. Kalau tak, naik lemak dia.
'Ajak jangan hukum.'
"Maaf, saya tak menghukum. Saya memberitahu hukum dari Yang Maha Menghukum dan saya sedang mengajak mereka untuk mengikut hukum.
'Ini kesalahan peribadi bukan kesalahan umum.'
"Maaf, kalau kesalahan peribadi melibatkan umum, maka ia menjadi kesalahan umum.
'Mungkin dia nak dakwah.'
"Maaf, matlamat tidak menghalalkan cara. Dakwah ada kaedah, bukan main rembat ikut hati. Tapi ikut Nabi.
'Tak apa, yang penting niat dan hati dia baik.'
"Maaf, hati yang baik tak akan pergi ke tempat yang tidak baik dan perlakuan yang tidak baik.
'Jangan boikot! Macam mana Melayu nak maju?'
"Saya kata boikot semua tudung yang tidak menepati syariat. Maju biarlah berkat, kita nak maju juga dalam kubur dan akhirat. Ada apa pada Melayu? Adat bersendi syariat.
"Nak kata apa lagi? Katalah, selagi mampu kata. Esok di akhirat, mulut dah tak mampu berkata-kata kecuali tangan dan kaki mereka (Surah Yasin).
"Pemiliknya berkata, tak peduli kata-kata orang. Betul, kata-kata Allah pun kau bakul sampahkan. Apalah sangat kata-kata orang. Ya Allah, sesungguhnya aku telah menyampaikan," katanya.
Sumber: The Reporter
from Sehinggit Media http://ift.tt/2oupvN2
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2CpNMwq
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment